Greetings

Monday, November 03, 2008

Razali Ibrahim dalam program temubual Astro Awani


UMNO tidak dibentuk oleh pemimpin yang boleh dengan sewenang membawa agenda masing-masing tetapi perlu ditentukan ahli. Demikian menurut YB Datuk Razali Ibrahim, ahli Parlimen Muar yang muncul di program cara langsung Atma Asia Khas di Astro Awani (501) bertajuk Transformasi UMNO pada pukul 9 malam tadi.

Calun Naib Ketua Pemuda UMNO itu berkata kelahiran UMNO itu berlainan dari parti-parti politik lain di negara ini. Parti-parti politik lain lahir dari gagasan pemimpin pengasas. Tetapi UMNO melahirkan gagasan dan kepimpinan dari pendokong-pendokong awal dan ahli-ahlinya.

Padanya sistem yang ada di dalam UMNO itu terletaknya kekuatan UMNO. Sistem yang dikatakan sistem patronage dalam UMNO itu memberi kekuatan dan mengukuhkan perjuangan UMNO untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanahair.

Beliau akui sistem itu telah mula lari kepada satu sistem pergantungan untuk tujuan-tujuan jawatan, perniagaan, kewangan, kemudahan dan lain-lain dan perlu dikembalikan kepada asal usul perjuangan.

Namun sebarang perubahan yang ingin dibawa tidak perlu drastik dan bersifat reaktif.

Beliau menekankan kepada konsistensi dalam sebarang keputusan dan tindak tanduk. Pertimbangan yang dibuat berdasarkan persepsi dan hanya untuk meraih sokongan akan diketahui rakyat lama kelamaan.

Contohnya pemberian tanah 999 tahun di Perak dan kuota 50% untuk Bumiputera bagi penjualan rumah di Kedah adalah tindakan popular tetapi mengakibat pertukaran struktur masyarakat.

Harapan ahli Parlimen muda yang mendapat perhatin ramai ini adalah mahu melihat kematangan dalam amalan demokrasi UMNO. Kini terlalu banyak faktor-faktor 'kata orang', tafsiran sendiri, cakap balas, emosi dan sentimen, dan agenda sendiri yang mengakibatkan banyak perselisihan faham.

Padanya, satu organisasi perlu ada satu nakhoda yang mengetuai dan mengemudi hala tuju kapal itu.

Ditanya siapa antara ketiga-tiga calun ketua pemuda yang beliau selesa, Razali menyatakan beliau mengenali baik ketiga-tiga calun dan kekuatan masing-masing. Beliau harap dapat memainkan peranan dalam mengisi sebarang kekurangan yang ada.

Dalam menangani persepsi masyarkat yang agak kurang baik terhadap UMNO, beliau merasakan perlunya keikhlasan dan kesungguhan dalam apa usaha yang dilakukan.

Ditanya mengenai usaha menarik golongan muda yang bakal lebih berpengaruh kepada untung nasib UMNO di masa depan, beliau merasakan penting diambilkira keperluan dan persepsi orang muda serta menunjukkan keprihatinan terhadap mereka dalam sebarang usaha kerajaan.

3 comments:

4942 Jalan Bangau said...

Salam Bro,

I wonder why did you not response on Tan Lian Hoes's statement that Malays is also immigrants same as the Chinese and Indians.

I wish you can put some writing on this issue so that this culprit does not get away with stone in her hand.

Same as what Gerakan and MCA did to Ahmad Ismail, Lian Hoe's racist statement must be punished.

I wonder why all the Malay medias on keep focus on the UMNO Election, while this culprit who tried sinisterly retelling our country history is let go just like that!

Some action must be taken on this racist Chinese. Don't let them keep pushing us to the corner without a fight back. Write something you MUST!!

Untuk Agama, Bangsa dan Negara!!

BaitiBadarudin said...

I find him and Saifudin as intelligent and promising young leaders; just hope they walk the talk!

A Voice said...

4942

I did.

Its somewhere out there. At somebody else's.

My Say