Wednesday, June 11, 2008

Bekas Murid UIA Dalang Pemecatan Sanusi Junid

Tindakan Pak Lah membawa implikasi buruk.

Tan Sri Sanusi Junid, seorang politikus terkenal, yang telah menumpukan saki baki masanya untuk dunia ilmuwan Islam akhirnya syahid di Universiti Islam Antarabangsa. Dalam sidang media semalam, beliau mengumumkan pemecatannya dari jawatan Presiden UIA.

Menurut beliau, surat pemecatan yang diterima bertarikh Jun 2hb telah dikeluarkan sebelum kenyataan akhbarnya pada Jun 5hb, 2008 dan kenyataan akhbar Menteri Pengajian Tinggi pada Jun 7hb, 2008. Beliau menyatakan dipecat oleh Perdana Menteri dan didalang oleh seorang bekas murid UIA.

Dalam blognya, Tun Dr Mahathir menerangkan implikasi tindakan Perdana Menteri.

Sanusi yang telah meninggalkan banyak amal jariah di UIA tidak berkesempatan untuk bertemu Pensyarah, Lembaga Majlis dan Penuntut dan menggunakan sidang media untuk menyampaikan salam terakhirnya.

Syahid DI UIA

Secara berterus terang, beliau menyatakan dipecat oleh Perdana Menteri kerana hanya nasihat “host member” kepada Ketua Perlembagaan yang boleh memecat beliau.

Beliau yakin sebab pemecatannya adalah sama-sama ikut keluar UMNO bersama Tun Dr Mahathir, bukan kerana disiplin atau pecah amanah atau menyalahgunakan UIA untuk politik peribadi.

Tambah beliau, bekas murid UIA ini adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri dan dicadangkan Sanusi menjadi ahli Majlis Universiti sebagai penghubung antara Universiti dan Perdana Menteri. Keterangan Sanusi itu menju kearah Dato Reezal Naina Merican, Setiausaha Politik Menteri Kewangan.

Walaupun Reezal “tidak rajin” menghadhiri mesyuarat, Sanusi memberitahu dia begitu sibuk menjadi batu api dan mendalang satu “permainan” belakang tabir mengguna-gunakan wartawan berkenaan pemecatannya.

Beliau yang tidak kelihatan sedih atau kesal dengan kehilangan jawatan itu hanya menunjukkan “kasihan” dengan cara keputusan itu dibuat dan implikasi tindakan pemecatan tersebut.

Suatu yang jelas dalam episod persaraan ini adalah percanggahan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi dengan tindakan Perdana Menteri.

Kenyataan akhbar Menteri, sebagaimana tersiar dalam laporan akhbar Utusan Malaysia Jun 10hb, 2008, menyatakan tiada pihak mendesak supaya Sanusi diberhentikan.

Ini hanya menunjukkan beliau tidak dirundingi langsung sebelum surat bertarikh Jun 2hb, 2008 dikeluarkan.

Salah Congak

Pemecatan Sanusi ini membawa banyak implikasi dan tandatanya berkenaan dasar yang diamalkan oleh Perdana Menteri.

Menurut Dr Mahathir yang ditulis dalam blognya, “ternampak seolah-olah Kerajaan Dato Seri Abdullah Badawi anggap bahawa jawatan-jawatan dalam Kerajaan dimiliki oleh partinya dan boleh diguna sebagai hadiah kepada yang menyokongnya dan menarik balik atau tidak diberi jika tidak patuh kepadanya”.

Soalnya lagi, “apakah hanya ahli UMNO sahaja yang boleh pegang jawatan dalam Kerajaan dan agensi Kerajaan?”.

Persoalan ini relevan kerana yang difahami, melainkan seorang, hampir kesemua jawatan tinggi dalam Univeristi yang dilantik tidak dipegang oleh ahli-ahli UMNO. Apatah lagi jawatan-jawatan dalam syarikat-syarikat kerajaan ?

Adakah ini bermakna juga orang-orang bukan UMNO dari komponen parti Barisan dan bermakna bukan Melayu tidak layak juga?

Tun yang telah menjalani pelbagai pengalaman pahit sendiri menambah, “pemimpin Kerajaan nampak amat suka mendera siapa sahaja yang tidak kowtow kepada pihak tertentu”.

Beliau memperingatkan kesanggupan parti lawan untuk “melantik tokoh dari parti-parti Barisan Nasional untuk mengisi jawatan badan-badan yang terletak dibawah kerajaan-kerajaan mereka.”

Jika kerajaan Abdullah meneruskan sikap balas dendam, ia boleh menghakis sokongan keapda Barisan Nasional dan mungkin ada ahli-ahli berpindah parti.

Salam Terakhir

Sanusi yang menjadi Presiden UIA selama lapan tahun tidak dapat mengakhiri penggal tugas hingga 2010. Oleh kerana pemecatan mengejut ini, beliau tidak dapat peluang untuk memberi perutusan terakhirnya.

Dalam sidang akhbar itu, Sanusi menyindir Setiausaha Politik dengan memperingatkan alumni supaya melatih diri menjadi pemimpin dengan definasi yang positif.

Graduan UIA harus mempunyai sifat mengekalkan hormat dan kasih sayang kepada yang berjasa sebagi kesinambungan antara yang dahulu dan sekarang.

Beliau berharap graduan-graduan yang berjaya dapat menyumbang untuk membina “endownment fund” untuk Universiti membiayai keperluan pelajar-pelajar.

Menurut beliau, graduan dan ibu bapa harus faham, beringat dan mempertahankan hak keistimewaan melayu dan status Islam sebagai agama persekutuan Malaysia kerana ini merupakan asas kewujudan UIA.

Mereka perlu mempastikan hak dan status ini dipertahankan oleh institusi politik yang kuat, institusi raja berpelembagaan dan sistem kehakiman yang memahami.

Beliau menyingkap mengenai peranan dan kejayaan UIA sebagai pusat kecemerlangan budi dan ‘ilmu, sumbangan kepada sistem ekonomi, kewangan dan perbankan islam, jejambat antara agama, dan perpaduan dan rangkaian ummah yang terbina.

Nasihat terakhir beliau pada pelajar-pelajar UIA adalah mengamalkan budaya iqra, tekun dalam menuntut ilmu dan menjadi perjuang nasib masyarakat, bangsa, tanahair dan maah.

Sebagaimana yang sering beliau sebut mengenai ciri-ciri dan falsafah bangsa-bangsa yang berjaya, Sanusi ingatkan graduan UIA supaya berkhidmat dengan amanah, berani, disiplin, rajin dan setia.

17 comments:

Anonymous said...

Pegi balik Aceh ler....
Projek taman padi atas bumbung idea bangang.
Dah takda apa-apa jawatan, sampai aceh tanam padi atas kepala botak hang tu.
Bulu kening tebal macam setan

Anonymous said...

Kepada musuh musuh Sanusi dan TDM, teruskanlah bengkak dan nanah yang ada di hati dan sanubari, anda akan menemui jalan buntu dalam kehidupan dan kekeluargaan.

Penyakit hasad dengki dan fitnah tersebut akan memakan diri sendiri, hidup menjadi bangkai, mati menjadi hantu hehehehe - kluangman

Anonymous said...

he was a very good president. he carried out his responsibilities excellently. one brave man.

btw, the project is not stupid but the people are. give that to japanese it will be one heck of a revolution.

A Voice said...

anon 3:06

A padi on top of a roof, preferably a flat roofed home is like growing in a pot.

The water and nutrients are not wasted due to seepage into the ground.

That itself can double or triple yield.

Is the idea bangang now?

I would think that the bangang would be the person who can't make a great idea workable, don't you agree?

The Phoenix Foundation said...

Any self respecting Minister of State, who could imprison some 100 Malaysians who are defending our Constitution, while allowing a Stautory Rapist, A Murderer , A Money Launderer, A Bigamist, & so on & so forth, should be stripped, flogged in public & sent into prison!
I was there, Sanusi Junid, & U lied to protect yr family!
Shame on u u Kafir!

Anonymous said...

Dalam dunia melayu, seperti juga dalam dunia melayu silam, hasad dan dengki menjadi mainan hidup harian. dalam dunia melayu hari ini, hanya mereka yang sebulu sahaja akan dapat tempat. ampu bodek juga menjadi pegangan orang melayu yang kurang pengetahuan, cetek pengalaman, kurang keyakinan diri dan singkat pemandangan. oleh itu, ramai melayu yang ada kaliber dipinggir. hari ini, sanusi pula ditikam dari belakang. selamatkah mereka yang mencuri-curi masuk gelanggang, berbekalkan ilmu yang cetek dan langkah yang sumbang? pemimpin melayu hari ini dikelilingi oleh pengawal yang kurang keupayaan, sekaligus menjadikan pemimpin mereka bacul dan dayus.

Alang

NoktahHitam said...

Its better to try and fail. Rather than fail to try.

Standing ovation. He did well as a president

Anonymous said...

dia agenda Aceh, he hates Melayu

Zubli Zainordin said...

Terima kasih. Saya telah baca pos ini. Faham sudah.

Anonymous said...

Sanusi sacked as UIA President

By Lim Kit Siang

Abdullah not ready for “1st-world infrastructure, 1st-world mentality”

The sacking of Sanusi Junid, who was formerly Cabinet Minister, Kedah Mentri Besar and Umno secretary-general, as International Islamic University (UIA) president because he had left Umno together with former Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad, is most shocking, deplorable and testimony that the Abdullah administration is not ready for a “first-world infrastructure, first-world mentality” culture to catapult Malaysia into the ranks of fully developed nations.

The UIA termination letter dated June 2 but which Sanusi received only yesterday (eight days later) did not give any reason for the abrupt sacking although his contract is not due to expire for another two years.

It would appear that quitting Umno has become a proper reason for the sacking of administrators and academicians in Malaysian universities.

Shouldn’t the authorities adopt a “hands-off” policy on the political inclinations of university administrators or academicians so long as they do not allow their political affiliations to intrude into their university duties?

An explanation is clearly called for from Abdullah for Sanusi’s sacking from UIA.

Brunt Council said...

Phoenix Foundation? WHat a name? Must be in love with himself. A self righteous lawyer who thinks the world owe him for its existence.

The manner and tactfulness of his remarks makes one wonder whether his words deserve a listen. Those are serious allegations. Justify it, pundek!

The logic of his argument means that someone who masturbate when they were kids had sin and does not deseve to talk of anything and do good forever.

Anonymous said...

The Phoenix Pariah said:
"who could imprison some 100 Malaysians who are defending our Constitution"

Those 100 persons were not defending the Constitution of Malaysia. They were the criminals who criminalised the constitution. Good for them they went to prison. Get some education while they were there.

Oh btw. It takes a KAFIR like The Phoenix Pariah to call another person kafir. If you are not happy with the Pariah in you Phoenix, go back to India and try and live as a Pariah there for a year. See if you can upgrade yourself to a better caste level.

:-)

darcwil said...

Maybe we should try to really hear stories from all sides. At this point everyone is making Tan Sri Sanusi Junid as the innocent victim, but is he really? He has some pretty straight forward allegations about his sacking, but why is he being such a sore face, did anyone think about that? The best is to take it like a gentleman, and call it wrong timing, probably there are some things that we really no so sure about what was the real reason he was sacked. What do you know, he is also joining the ranks of Tun M, Khir Toyo and Dr. Chua pouring his heart out to the world via blogs especially so when these people wants to appear to be "victims". Real gentlemens these people? I don't know. But probably we should start tahinking on a deeper level before taking sides.

A Voice said...

Darcwil

WHat yr point here? What do you really wanna say?

Do not worry abt others an dhwo they wud think. They already did their thinking.

You haven't, merely doubt creating.

ahoy said...

Tan Sri sendiri sebelum ini pun pernah juga terlibat dalam isu pemecatan tanpa sebab ke atas individu lain. Mungkin Tan Sri sahaja yang boleh memperakui hal ini, jadi bagus juga lah Tan Sri dah ada blog, boleh lah kita tanya dia straight. Individu yang dipecat beliau adalah Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas (untuk ISTAC) pada tahun 2002.

Jadi kalau sekarang beliau pula nak memperbesarkan isu yang terjadi ke atasnya ini, mungkin hal ini boleh dikorek dan diminta penjelasan beliau juga.

Saya juga tidak menyebelahi mana2 pihak, tapi nampak sangat Tan Sri ni orang belah Tun M dan sekarang ni pula "mengikut jejak" Tun M mengenakan AAB. Tak tahulah saya.

Ada juga berita mengenai Tan Sri memukul pekerja KLIA, tapi itu saya terdengar saja. Mungkin saya cuba cari sumber dulu dan add di sini nanti.

Kalau benar semua ini, jangan lah semakin ramai pemimpin yang suka mencari kesalah orang, tapi sebenarnya diri pun tak sebaik yang disangka. Wallahualam.

A Voice said...

Ahoy

Fair comment.

Saya sendiri pernah kerap menghadiri majlis2 ilmu Syed Naguib.

However, Syed Naguib pun ada perkara yg tidak sedap untuk disebut.

Kedua2 mereka adalah orang cerdik2. Isu itu antara mereka dan yg saya faham ada perkara yg melampui pengetahuan umum.

It is in the courts for resolutions.

Namun isu pak lah dgn sanusi adalah mencampur aduk politik dgn dunia ilmuwan. Thast not good ...

Again tku for yr comment

Anonymous said...

Sanusi once confided that one day Achenese will rule Malaysia ....

Pergi mampus GAM!!!

Jawa Toq toq

My Say