Sunday, June 15, 2008

Kedurjanaan Ezam Di Dalam dan Di Luar UMNO

Kembalinya Ezam ke UMNO baru-baru ini begitu diraikan. Bagi ramai, luka dan parah dari kedurjanaan Ezam masih segar di dalam sanubari mereka. Artikel Dato Sazmi Meah, Exco Pemuda UMNO di Media Saka Bangsa ini meluahkan rasa hati para pejuang Pemuda UMNO.

Ezam Dan Pemuda UMNO

Oleh Sazmi Miah

Pada kemuncak Reformasi pada 1999, saya ada menyimpan wang kertas RM50 di dalam dompet saya bertujuan untuk menampar Ezam Md. Nor sekiranya saya terserempak dengan beliau.

Ini adalah kerana sekiranya saya ditangkap, kompaun yang perlu saya bayar hanyalah RM50 sahaja. Rakan saya menyimpan sebanyak RM50 lagi untuk menampar sebelah pipi lagi.

Ini adalah perasaan sebenar saya dan kebanyakan Pemuda UMNO pada masa tersebut terhadap Ezam yang di anggap sebagai penderhaka kepada parti UMNO.

Itu pada tahun 1999.

Antara masa itu sehingga sekarang, Ezam pernah menghina UMNO seolah olah parti nasionalis ini amat bangsat martabatnya, tatkala negara berhempas pulas mengharungi cabaran krisis ekonomi yang begitu mencabar dengan matawang yang jatuh, indeks saham KLCI diparas bawah 300 mata dan ratusan syarikat muflis kerana situasi ini.

Dalam masa yang sama, sistem perbankan dan pasaran modal perlu dipertahankan agar tidak runtuh dan meranapkan ekonomi, yang sedang menyaksikan berpuluh billion RM hutang berada dalam klassifikasi hutang lapuk.

Dimana Ezam ketika itu? Menjelajah dunia untuk memburukan Malaysia!

Tanyalah rata rata Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan bagaimana Ezam di'parachut'kan kedalam tengah tengah arus perdana politik Bahagian hanya kerana dia menantu Dato' Ghazi, Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Utara ketika itu yang sememangnya rapat dengan Anwar Ibrahim.

Modus operandi Ezam mengekang kuasa dalam Bahagian dimana ahlinya terdiri dari golongan yang ditafsirkan sebagai urban marginally depressed, dikatakan memancing sokongan untuk mengekalkan kuasa melalui Perwakilan Cawangan dengan imbuhan jangka sederhana secara konsisten dan lumayan.

Bukan asing lagi bahawa Ezam merupakan Pegawai Khas dan kemudian menjadi Setiausaha Politik Anwar Ibrahim pertengahan 1990an.

Bukankah Anwar Ibrahim diketahui umum sebagai bapa segala gejala rasuah-politik dalam UMNO, bermula dengan 'Team Wawasan' mengulingkan Timbalan Presiden En. Abdul Ghafar Baba, Naib Presiden Dato' Seri Sanusi Junid dan Dato' Abdullah Ahmad Badawi dengan senjata paling berkesan iaitu RM (dengan banyak!), pada pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1993? Dikalangan Pemuda UMNO dan masyarakat Malaysia memang sedar akan hakikat 'bawah tanah' ini.

Apakah dalam keadaan UMNO lemah begini, dijemput pula anasir yang suatu masa dahulu berusaha keras untuk menghancurkan UMNO dengan 'rasuah-politik' dan membakar emosi akar umbi dengan fitnah, semata mata untuk melingkupkan UMNO, agar pemimpin mereka bangkit dari abu (rise from the ashes) setelah rumah hangus terbakar?

Apabila tersebar secara meluas berkenaan isu Ezam kembali ke dalam UMNO baru-baru ini, mau tidak mau Pemuda UMNO dibabitkan bersama di dalam kancah menentukan kemasukan tersebut. Dato Seri Hishamuddin Hussein, secara langsung ditanya akan pendapat beliau berkenaan isu kemasukan semula Ezam.

Beliau memberi jawapan bahawa tiga persoalan yang perlu dijawab terlebih dahulu sebelum membuat apa apa pendirian. Pertama, apakah keuntungan kepada parti, kedua apakah Ezam ikhlas dan ketiga apakah peranan yang akan dimainkan? Setelah majlis penyerahan borang UMNO diadakan bersama dengan Presiden parti baru baru ini dan liputan meluas media perdana, Hishamuddin ditanya berkenaan dengan isu tersebut.

Persoalan sekarang, bagaimana Pemuda UMNO akan berhadapan dengan mereka yang begitu setia mempertahankan perjuangan selama sepuluh tahun ini dari penderhaka seperti Ezam? Kini, orang yang berusaha keras menjahanamkan UMNO itu dibawa kembali kedalam parti dengan layanan permaidani merah.

3 comments:

anwar dot com said...

Salam

Betulkah Anwar Agen Amerika ? http://www.youtube.com/watch?v=2Sc5irk1zHk

Anwar sokong Amerika serang Iraq http://www.youtube.com/watch?v=YDOTQX8Yw8s

Betulkah Anwar terima duit Yahudi?
http://www.youtube.com/watch?v=Oj67qH2SA2w

Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Long Man said...

tak lain tak bukan, kemasukan ezam ke umno sebab untuk menyediakan tapak yang selesa untuk anwar... (orang kata laaa....)

Anonymous said...

better ezam than sazmi miah .....

My Say