Friday, June 13, 2008

Hubungan Khalid Dengan Lim Kim Hong Sah!

Deretan kedai pejabat 3 & 5 tingkat yang berstatus MSC di I-City Seksyen 7, Shah Alam, Selangor yang dibangunkan oleh syarikat Datuk Lim Kim Hong, I Berhad yang mana tanah ini dahulu adalah Midland Estate kepunyaan Guthrie

Jawapan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor tentang hubungannya dengan Lim Kim Hong adalah ‘standard’.

Namun begitu, persoalan yang harus anda pembaca bertanya adalah mengapa beberapa media, seperti Sinar Harian, EdgeDaily, Bernama, The Star, dan lain-lain media memberi liputan untuk suatu posting seorang jurublog anonymous.

Bagi pengamal media, ini merupakan satu potensi cerita untuk masa hadapan. Bertambah lagi, beberapa jawapan Khalid berhubung laporan ‘salah guna kuasa’ pegawainya agak anih.

Bagi pengamal media, kenyataan ini mungkin adalah cerita untuk masa hadapan. Jika pihak parti lawan menganggap usaha media ini untuk menjatuhkan Khalid, boleh diakui begitu. Kalau dibuang perkataan ‘menjatuhkan’ dan diganti dengan ‘memantau’, bukankah ini peranan media yang sering mereka tuntut?

Mengikut laporan akhbar, beliau menafi melakukan urusniaga yang luar etika tetapi yang menarik di sini, beliau memperakui secara tidak langsung hubungannya dengan Lim, walaupun bukan hubungan rahsia.

Dengan pengakuan ini, pembaca mungkin ingin tahu adakah hubungan itu ‘special’? Seiring dengan itu, adakah hubungan ‘special’ ini akan berkekalan?

Hubungan ‘special’ selalu berulang. Ini akan jurublog lakukan secara am, kerana malas hendak memunggah luar data-data, dokumen-dokumen dan bahan research untuk memberikan detail.

Kanzen Berhad

Antara urusniaga pertama Khalid dengan Lim adalah dalam syarikat yang dipanggil dahulu Kanzen Berhad, sebuah syarikat yang mempunyai kilang pembuat tilam di Tientsin, China.

Permodalan Nasional Berhad adalah salah satu pemegang saham utama di dalam syarikat yang dirus oleh pasukan Lim.

Tidak berapa lama sebelum Khalid ditawarkan saham dalam Guthrie, Lim telah menjual semua saham dalam kilang itu dan PNB membeli semua saham mereka dan menguasai pengurusan syarikat. Seterusnya, boleh digali apa jadi syarikat itu dan seterusnya.

Khalid sebagai CEO PNB mempunyai pengaruh untuk mendapatkan Lembaga Pengarah dan Lembaga Pemegang Amanah untuk melulusan pembelian tersebut.

Berikutan dari penjualan yang amat menguntung Lim, perhubungan urusniaga mereka berdua masih berterusan.

Guthrie

Khalid pun ditawarkan 20% saham Guthrie pada harga yang amat baik dengan pembelian tranche pertama sebanyak 5%.

Semasa pilihanraya kecil Ijok, Khalid berkata dia mendapatkan pinjaman Bank Islam dan mencagarkan saham. Persoalannya, pembiayaan saham bukan 100%, dimana dia memperolehi modal benih yang dalam jutaan atau bulohan juta ringgit?

Pada akhir-akhir tahun 90an, Lim melalui Sumurwang Sdn Bhd dan Guthrie telah mengadakan satu pameran aerospace di sebuah tapak tanah sebelah Federal Highway. Pameran itu dirasmikan oleh Perdana Menteri semasa itu, Dr Mahathir Mohamad.

Apa jadi dengan tapak tanah itu? Adakah Lim ada peranan dalam pembangunan tanah itu?

I Berhad

Beberapa tahun sebelum hari-hari terakhir Khalid di Guthrie, pihak pengurusan PNB tidak puas hati dengan prestasi pengurusan Khalid. Aliran tunai Guthrie yang merupakan penyumbang dividen utama kepada Sekim amanah Saham di bawah PNB dalam keadaan terdesak.

Khalid melancarkan sebelum berlaku krisis kewangan 1997/98 projek hartanah perindusterian atas konsep bina dahulu baru jual. Projek ini sipa tetapi lambat dijual.

Tetapi kesilapan utama Khalid semasa itu adalah pelaburan perladangan Guthrie di Indonesia yang menghadapai beberapa masaalah. Bagi yang masih ingat, ladang Guthrie di Indonesia adalah antara ladang yang dikatakan melakukan pembakaran dan menyebabkan pencemaran jerebu di Asia Tenggara.

Aliran tunai Guthrie bermasaalah dan dikatakan pemerhati korporat bahawa pinjaman RM1 bullion di bawah sekim perbankan Islam, Sukkuk bertujuan untuk membayar dividen.

Lim menjelma lagi dalam hidup Khalid. Kali ini untuk Guthrie menjual Midland Estate di Shah Alam kepadanya.

Pantang bagi PNB menjual estetnya. Untuk mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah, satu cerita yang sudah menjadi legenda dikalangan orang-orang korporat bahawa Khalid telah mengatur tarikh Mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan ketika salah seorang Pengarah yang bakal menentang penjualan ini ke luar negara.

Midland Estate inilah yang kini menjadi projek RM1.5 billion I-City di Shah Alam yang di majukan oleh I Berhad. I Berhad adalah nama terbaru Kanzen Berhad dan dikuasai oleh Lim juga.

'Bukan Kawan Biasa'

Jelas di sini, Khalid dan Lim 'bukan kawan biasa' dan boleh dikatakan adalah hubungan luarbiasa yang berulang-ulang urusniaga antara mereka.

Jika Anwar, kempen reformasi dan PKR sering suka mengkritik Dr Mahathir dengan tuduhan kroni kerana “orang yang sama saja yang dapat”. Bukankah perkara yang sama berlaku antara Khalid dan Lim?

Polisi Tun jelas bahwa beliau memberi seseorang itu peluang dan jika ia berjaya, banyak lagi yang boleh diberi. Mereka yang diakatakn kroni Tun begitu banyak. Malah senarai mereka yang mendapat projek “privatisation” yang dipampang meliputi orang Anwar seperti Zahid Hamidi.

Apa pula alasan Khalid yang ‘dok pi dengan Cina ni saja’?

Rancangan Masa Hadapan?

Soalan susulan kini adalah adakah perhubungan ‘smart partnership’ antara peniaga Cina Lim dan si Melayu Khalid akan kekal setelah Khalid memgang jawatan awam sebagai Menteri Besar.

Terlalu awal untuk jurublog dedahkan.

Namun, saya mengajak pembaca menyedari beberapa perkembangan terbaru seperti usaha-usaha mengadakan odit forensik ke atas syarikat-syarikat tersenarai yang dikuasai kerajaan negeri. Jika ada tak kena, bukanah ada sesuatu perlu dihentikan?

Kerajaan negeri pernah menyatakan untuk memohon mengambilalih pembangunan PKFZ dan mencadangkan pembangunan Hub Halal di Lapangan Subang lama. Orang ata ahnya untuk tujuan politik tetapi jika bersungguh-sungguh, bagaimana pula?

Dengan pengumuman kesediaan kerajaan negeri untuk memberi air percuma untuk satu jumlah pengunaan, mungkin ini strategi untuk ambilalih SYABAS.

Ini semua adalah langkah-langkah korporat yang mempunyai strategi tertentu. Yang pasti, kerajaan negeri tidak mencukupi wang untuk memenuhi janji pilihanaraya. Ia memerlukan wang dan usahasama adalah cara untuk mendapatkan wang. Khalid akan menggunakan cara yang dia tahu dan faham ia-itu cara keparat, ... maaf maksud saya, korporat.

Cukuplah clue yang boleh diberi.

Jangan fikir dengan ada BPR di pejabat Menteri Besar, kerja-kerja ‘kelepit’ tidak boleh dilakukan. Saya boleh nampak caranya, inikan pula Khalid yang lebih hebat.

Yang hampir pasti, kemungkinan besar Khalid memerlukan rakan kongsi, ahli-ahli perniagaan dan pelabur yang setia kepadanya. Lim bakal ada peranan.

Rakan-rakan di PKR dan media, boleh tanyakan Khalid lagi sepulangnya dari Dubai?

7 comments:

Anonymous said...

Brick,
Pada pengetahuan saya, bukan projek ini telah dilancarkan oleh MB yang lepas? Rupaxnya semua MB pun ade perhubungan khas dgn LIM ke?

Mangkuk

Anonymous said...

Yes and ask about the upcoming 'paid trip' to Vienna soon.

A Voice said...

Mangkuk

I wud have not launch the project without doing a background check of the guy.

Maybe Khir Toyo did not mix politics with business.

If Lim had submitted a legitimate and viable development proposal, the State shd giv proper consideration.

The sale of the land is legitimate but the ethics is not quite so.

Anonymous said...

Dear Voice,

Son of Toyo is the one to seal the deal. Khalid claims to know Lim. He did not award Lim anything right?

Thus, what do you mean on the ethics is not right? Even when the land deal is legitimate?

Is there another story behind this spin?

Ah Beng

A Voice said...

Ah Beng

Lim menjelma lagi dalam hidup Khalid. Kali ini untuk Guthrie menjual Midland Estate di Shah Alam kepadanya.

Pantang bagi PNB menjual estetnya. Untuk mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah, satu cerita yang sudah menjadi legenda dikalangan orang-orang korporat bahawa Khalid telah mengatur tarikh Mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan ketika salah seorang Pengarah yang bakal menentang penjualan ini ke luar negara.

Is ethics applied to only those you do not support?

Anonymous said...

Ethics is inside you and your conscience with god.

Legitimate is with the courts. Even crooks win in court.

Is whats legitimate ethical? Ask asli singer SM Salim who got cheated of his land in Kg Baru ...

azlan said...

Patutlah masa Bukit Jelutong, baru mula naik, rumah2 di sana disediakan dengan securty system dibekal oleh I-Berhad.

Satu lagi pelik, Bandar Bukit Tinggi di Klang awal-awal Khalid umum Guthrie yang nak bangunkan. Tapi lepas tu, Labur Bina yang naikkan.

Voice, tolong check sikit link tu...

My Say