Sunday, November 02, 2008

Pro-Khairy.com jawab, Khairy pemidato berani masih berdiam


Mengikut amalan akhbar "the right to reply", maka saya siarkan jawapan laman blog Pro-Khairy.com.

Saturday, November 1, 2008

KJ Ejen CIA?

Serangan peribadi sememangnya menjadi lumrah politik, dan KJ sudah lama dilemparkan dengan bermacam-macam tohmahan dan fitnah untuk kepentingan sempit individu seperti Tun Dr Mahathir Mohamed dan anaknya yang tidak berani berdebat. Yang terkini, KJ dituduh ejen Amerika dan CIA oleh blogger kroni Mahathir, AnotherBrickInTheWall (hyperlink), di mana gambar seorang lelaki orang berkulit putih sewaktu hari penamaan calon untuk PRU 12 di Rembau yang diambil dari blog Pro-Khairy menjadi asas untuk tuduhan ini.

Saya amat kecewa dengan tuduhan terbaru ini bukan sahaja kerana ia menyerang integriti dan patriotisme KJ sebagai orang Melayu dan warga Malaysia, malah ia merupakan usaha berterusan oleh kumpulan pro-Mahathir untuk memberi gambaran bahawa KJ adalah pengkhianat bangsa dan negara, yang bersubahat dengan CIA, Kerajaan Singapura, Yahudi, dan lain-lain.

Penulis blog AnotherBrickInTheWall mendakwa bahawa lelaki kulit putih yang gambarnya terpapar di blog tersebut adalah sama ada Tom Daniel atau Mike Thompson. Walhal yang sebenarnya, dia adalah Nordin Abdullah, suami kepada Jumaatun Azmi yang merupakan sahabat karib isteri KJ, Nori Abdullah. Nordin yang berkulit putih itu berasal dari Australia dan memeluk Islam sebelum berkhawin dengan Jumaatun. Dia bukan Tom Daniel atau Mike Thompson yang dikhabarkan oleh penulis blog tersebut sebagai kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat dan Penasihat Pejabat Luar Whitehall yang disyaki bekerja untuk CIA dan MI6. Ternyata sekali yang lebih mengenali dua individu ini adalah penulis blog itu sendiri kerana maklumat tentang mereka yang dikongsi beliau – entah fakta atau rekaan – cukup mendalam.

Selain itu, penulis blog juga mendakwa lelaki kulit putih (Nordin) itu sering kelihatan bersama seorang lagi lelaki kulit hitam yang diungkapkan sebagai "negro" walaupun perkataan itu tidak lagi sesuai pada abad ke-21. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa lelaki kulit hitam itu adalah abang ipar KJ iaitu Diamond Ibrahim Ogbeide, suami kepada kakak sulung KJ, Mona Jamaluddin.

Penulis blog itu juga menyoal keperluan orang asing sewaktu tempoh berkempen untuk KJ di Rembau. Mereka itu sahabat dan ahli keluarga KJ, jadi apa salahnya jika mereka mahu bersama-sama saya atau membantu KJ sebagai calon Barisan Nasional?

Taktik kotor seperti ini memang konsisten dengan usaha sekian lama untuk mencemarkan nama dan maruah KJ dengan menuduh KJ bersekongkol dengan ejen negara asing. Saya amat berharap bahawa sandiwara dan mainan politik ini dihentikan, terutamanya apabila ia membabitkan serangan peribadi terhadap sahabat dan ahli keluarga KJ.

Saya menyarankan penulis blog AnotherBrickInTheWall buat 'research' dan 'homework' sebelum membuat sebarang tuduhan. Kes ini jelas membuktikan bahawa penulis blog ini bukan hanya mempunyai niat jahat tetapi tidak buat risikan yang tepat dan hanya berjaya memalukan diri sendiri dan juga majikannya, Dr Mahathir dan anaknya yang kurang sifat jantan.

Sedih sekali, blog penyokong pemidato hebat, yang mahukan debat Khairy-Mukhriz dan mengejek Mukhriz sebagai pengecut, tidak letakkan komen mereka terus di blog ini yang sedia menerima tetapi hanya diletakkan di blog-blog ini dan ini.

Agak terkilan juga, blog Prokhairy.com, yang menyokong bakal Perdana Menteri Malaysia, hanya blog one-way yang tidak dapat jurublog ini meninggalkan komentar.

Harap Bro_Jinggo baca baik-baik sebelum mengentam. Saya telah terangkan dalam komen-komen.

Akhir kata, bagi kamu memanggil saya sebagai majikan, ia hanya menunjukkan kau seorang majikan. Hanya seorang majikan itu ingat orang lain semua sama majikan.

Bila agaknya Khairy sendiri akan menjawab?

34 comments:

. said...

Jawab, jangan tak jawab! hehehehe

Unknown said...

"memalukan diri sendiri dan juga majikannya, Dr Mahathir dan anaknya yang kurang sifat jantan"

nak tegur orang lain tapi dia sendiri mencaci dan menuduh

ish ish ish

tak hormat dan tak kenang budi langsung

Anonymous said...

Teruskan perjuangan anda. Truth will prevail. Harap2 penulis takkan terikut atau terinfluenced untuk memutar fakta just to prove you were right or to prove a point. Moga terus cekal untuk membuka kebenaran.

~jade

Anonymous said...

Machai KJ berkata:

"memalukan diri sendiri dan juga majikannya, Dr Mahathir dan anaknya yang kurang sifat jantan"

Saya juga amat bersetuju hanya Khairy saja yg penuh dgn sifat jantannya. Sifat kera jantan.

Anonymous said...

buat malu minaq-jinggolah... minaq pro Tun..

Debat? cakap besar adalah si kj nih..

Anonymous said...

Cik Jinggo ini kira official spokeswoman Team Rembau KJ he he he, nak tau sikit, gajinya tauke mana yg bayar, projek mana yg dikebas. Kurang 5 bulan lagi, karrier politik Team Rembau KJ akan dikuburkan di Dewan Tun Hussein On.. ha ha ha

Anonymous said...

Kartoon tu steady.. tapi mampukah Jingo membeli surat khabar???

Che Moq™ said...

majikan tak matang,pengikut pun tak matang. hehe

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

biasa la KJ,... dia ni mcm geng pukida..
sama melayu dia org sanggup bunuh, dengan kaum lain yang pijak kepala (termasuk la US) dia akan cium buntut mereka.
Polis pun kene warning jgn tahan KJ masa condolice rice punya demo, camna tu?
6ky angel, selalunya kalau org cakap kena batang hidung, pastinya rasa meluat kan?

Anonymous said...

that is the magic of freedom of speech my dear 6ky angel.

org melayu mesti ubah mentaliti x boleh dikritik.ini asyik2 nak cakap berlapik. meluat,sbb itu org melayu senang diperkotak-katikkan

Anonymous said...

Jawapan tersebut cukup mencerminkan keperibadian KJ dan manusia sekelilingnya. Memang "budak hingusan". Ish Ish ish...sebat saja dengan rotan budak-budak ni. Kurang hajaq, tak beradap dan fikiran tak matang! memalukan betul wahai Pak Lah... ko biarkan anak menantu kau menjadi "iblis" menganggu gugat pentadbiran negara.

Anonymous said...

6kyangel...saya nasihatkan banyakkan lagi membaca. A good book to read..---The Prince by Nicolò Machiavelli.

Anonymous said...

Dari blog ini...
"Sampai hari ini tidak terjawab, kenapa Khairy menghantar paspot ke rumah Anwar pada tahun Anwar keluar penjara dan hendak pergi menjalankan pembedahan di Munich.

Diketahui ramai kini Khairy pernah cuba menyunting sekuntum bunga bernama Nurul Izzah di taman Anwar Ibrahim.

Malah runnerboy Khairy yang sedang berkeliaran adalah dikalangan mereka yang rapat dengan pihak tertentu dalam PKR."

Mana jawapan Khairi ataupun budak2 suruhannya? Tolong jawap sikit, nak tau.

Anonymous said...

6sky

boleh tak pergi balik sekolah belajar menulis dgn ejaan betul baru nak tegur dr mahathir.

pemikiran pun jumud nak suruh2 orang jangan bersuara.

Anonymous said...

aikkk.. kalau nak komen pasal chedet.. pegi laa kat tempat chedet.. lepas geram kat sini pulak. Ni bukan tempat chedet... ni blog another brick in the wall... satu lagi kalau tak suka baca.. tak payah baca.. tak payah buka pun.. bukan susah....

Anonymous said...

So, apa yang KJ terangkan ialah macamana orang2 tertentu ini terlibat dengannya.


Daripada apa yang saya lihat, bukan KJ seorang yang egen, kaum kerabatnya sekali agen2 CIA.

Jika KJ membuktikan bahawa mereka2 ada pertalian darah dengannya, ia tidak membuktikan bahawa mereka2 ini bukan agen Yahudi/Zionis.

Anonymous said...

Bricker,

aku kenal siul mamat Mat salleh tu, memang nama dia nordin abdullah, seorang yang beristeri melayu. Dia bangsa australia bosnia. Kesian dia. Mamat tu dah lah nerd.

Anonymous said...

siapa tengok buletin tv3 tadi. mula2 dia umum jumlah pencalunan bagi naib presiden. cantik ikut susunan bermula dari yg paling tinggi hishamuddin hingga yg paling rendah isa samad. tapi bila sampai pencalunan ketua pemuda susunannya yg paling rendah duduk tengah2 . MM, KJ, KT. padahal masa tu KT lagi tinggi pencalunan dari KJ. dah sampai gini sekali media arus perdana bagi support masih nak kalah tak tau lah. tengok berita minggu, KJ dapat dua pencalunan siap siar gambar lagi, mukhriz dan khir toyo yg dapat lebih entah kemana pergi beritanya. hai KJ, specialnya kamu ni...

Atok Podeh

Generasi Pejuang Bangsa said...

6ky angel

saya setuju dengan anda ,kadang2 aku pun meluat baca chedet.com seperti bukan tulisan seorg negarawan dan bekas PM . Tun seperti melepaskan geram kepada orang2 yg difikirkan nya tidak baik ,malah memburukkan parti sendiri dan kelemahan parti .

sedangkan anak dia awal2 lagi cakap tidak mahu debat kerana ia boleh menunjukkan kelemahan parti kepada orang tetapi mereka 2 beranak dok hebat mengutuk parti malah Tun bukan main hebar perli orang lain dalam blog dia .

kadang2 fikir bila la dia nak stop kritik parti maybe anak dia memang dan orang2 yg sokong dia menang baru dia berhenti cakap.

Anonymous said...

Another brick wall menjadi halangan batu kepada kerakusan menantu sakti....
ha ha
Wenger Khairi

Anonymous said...

Lemah gila cerita nak jatuhkan orang tu. Pakai lah modal lain, takkan setakat tu je kot nak suruh orang percaya.

Anonymous said...

akum...dr trend pencalonan ketua pemuda,kte dpt lihat bhw bahagian di n9 menolak si kj..shgga 27/10 xde stu pun bahagian n9 yg calonkan kj..shgga hr ni xde kot bahagian n9 yg calonkan kj(betulkan jika salah)..kl ada bhgian yg calonkan pun mgkn stu atau 2 bhgian je kot,kot2 ada la shgga hr ni 3/11 ....

PERSOALANNYA

knp xde stu blog pun yg mainkan isu ni..hrp saudara bleh tlg buat tajuk post utk isu ini.kl aku jd kj malu kl kat negeri sendri pun org tak sokong..npk sangat org n9 ni bencikan kj..cuma si penjilat bontot kj je yg sukakan kj...hrp org n9 leh bg komen.

Bro Jinggo said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Naren said...

sedara sekalian,
kerana saya telah merasa amat 'hot' ketika membaca temuramah Menantu Sakti dalam akhbar Malay Mail, saya telah mengeluarkan posting di http://padedoh.wordpress.com

Pelawat pelawat digalakkan melepaskan stim disana.

A Voice said...

selamat datang bro_jinggo

dunia blog adalah interactive di mana orang ramai boleh komen dalam tulisan blogger tersebut.

harap tuan berani macam majikan anda untuk membenarkan komentar

Detguaq said...

Salam Bro,

Susah jika berbicara dengan orang yang dah angkat orang lain setaraf dengan Allah. sila ke pelantaq saya:
http://pemudaujungjulai.blogspot.com untuk bincang satu tajuk dalam myKPMU tulisan siadmin sendiri.

Anonymous said...

debat adalah sesuatu yang baik, tetapi tidak boleh menggambarkan sesorang itu boleh bekerja dengan baik.

kita boleh melihat Anwar Ibrahim sebagai rujukan.

kita mahu kan kualiti bukan nya kuantiti.

begitu juga `work smart' perlu lah beserta dengan `work hard'.

Anonymous said...

Maka akhirnya spokeswoman KJ,iaitu Cik Jingo berhujah dengan panjang lebar akan kemampuannya berdebat. Terlebih dahulu, kita mengucapkan syabas kepada blogmaster Another Brick wall, hinggakan spokeswoman KJ terpaksa mengeluarkan kenyataaan di blog ini. Kalau nak buat posting kat prokhairy macam media massa je, tak boleh komen.

Disini saya nak mempertikaikan konsep debat ni. Ini rata ratanya diimpot dari Amerika Syarikat, bukan kata ia baik bukan kata ia buruk. Tetapi, bukankah Menantu Sakti yang telah mengetuai rusuhan membantah kedatangaan Condolezza Rice, iaitu wakil kerajaan Amerika Syarikat. Maka, kadang kadang dia suka meniru, kadang kadang orang yang ditirunya, dia suka merusuh.

Jelas, tabiat seorang yg tak berprinsip.
Wenger Khairy

Anonymous said...

bro_jinggo,

Shut Up!

Anonymous said...

PEJUANG MELAYU & 6ky Angel,

Pi habaq kat chedet.com la..awat nak dok menyebok kat sini plak? Both of you sangat menyedihkan!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Bricker, lu dah enaq bayaq Tun Mahathir ka? Lain macam lambung Mukhriz?

A Voice said...

comments by bro_jinggo and bn raksasa had to removed.

their full cut and paste of their blog posting is hogging the commentary box.

those keen to read their criticism of mukhriz could proceed to their respective blog.

unfortunately, their blogs are not on my bloglist and blogroll.

My Say