Sunday, April 12, 2009

Kalaulah ini Kabinet Dr Mahathir ...

Sana sini orang membuat andaian dan fitnah terhadap Dato Najib berkenaan Kabinet barunya. Macam-macam analisa yang telah dibuat.

Yang tidak henti jadi buah mulut adalah berkenaan Khairy tidakdipilih dan kemasukkan Mukhriz sebagaiTimbalan Menteri. Susulan dari itu, andaiannya adalah Kabinet ini adalah Kabinet Dr Mahathir dan kini satu gelaran telah direka memanggilnya Kabinet Mahajib.

Bukankah Kabinet perlukan pembaharuan? Sudah tentu muka, bakat, dan tenaga baru kena disuntik dalam Kabinet. Apa salahnya Mukhriz? Jawatan Menteri adalah jawatan untuk kerja dan bukan hanya jawatan berpolik dan permainan media. Resume Mukhriz jelas menunjukkan dia berupaya dan jauh lebih banyak pencapaian hidup dari Khairy.

Ada perkhabaran berkata Dr Mahathir telah datang ke Seri Cahaya pada waktu malam untuk memberi kata pengakhir kepada senarai Najib. Sebelum itu katanya Daim berada di situ dahulu dan pulang sebelum kesampaian Dr Mahathir.

Pukul berapa Dr Mahathir ke rumah Najib selepas Daim? Pastinya lewat malam. Tak akanlah Dr Mahathir pergi secara terbuka? Nanti nampak sangat.

Tak tahulah nak percaya maklumat ini.

Kalau mahu dinafikan Dr Mahathir campur tangan, bunyinya agak defensif. Orang ramai pulak sudah seronok membina cerita konspirasi baru dan mereka mahu percaya kesimpulan mudah Dr Mahathir masuk campur, cakap apa sekali pun, mereka tak percaya.

Harap-harap mereka ambil perkiraan akan kewujudan Dato Johari Baharum sebagai Timbalan Menteri Pertanian. Agak-agak Dr Mahathir berkenan ke tidak dengan Dato Jo?

Kalau setakat kebolehan, apa sangat kebolehan bekas Cikgu ini? Kemungkinan dia dikekalkan kerana kedudukkan dalam Majlis Tertinggi UMNO dan mewakil Kedah. Tak ramai ahli Parlimen dari Kedah.

Bagi mereka yang mudah lupa, Johari Baharum terlibat dengan politik wang semasa era Abdullah dan telah memberi "brown envelope" mengandungi wang untuk menafikan Dr Mahathir dari menjadi perwakilan Bahagian ke PAU pada tahun 2007.

Semasa memegang Timbalan Menteri KDN, namanya telah dikaitkan dengan satu skandal menerima wang sebanyak RM5 juta melepaskan seorang penjenayah. Walaupun penyiasatan yang dilakukan telah melepaskannya, ramai mempersoalkan.

Saya pun masih sangsi dengan kesimpulan penyiasatan kerana kawan saya pernah ditawarkan seorang pemuda India untuk bertemu dengan seorang "Menteri" di The Curve, Damansara untuk menyelesaikan sebarang masaalah dengan polis.

Kalau hanya Najib menafikan Khairy jawatan dalam Kabinet atau sebagai Timbalan Menteri, tidak cukup nak dikatakan ini Kabinet Mahathir. Betulkah tidak lojik itu?


Memang Dr Mahathir ada menyebut Khairy tidak boleh kerana dia telah didapati salah atas politik wang. Mahukah kita seorang Menteri atau Timbalan Menteri yang sedang menyandang jawatan dihadapkan atas amalan rasuah?

Pasti Najib mengambilkira perkiraan ini.

Untuk kepentingan parti, kita tak boleh sewenang-wenang main buta-buta ikut tradisi. Adakah semasa memegang jawatan Ketua Pemuda dahulu, adakah Syed Jaafar Albar seorang Menteri? Itu terlalu lama, bagaimana pula Zahid Hamidi yang hanya jadi Pengerusi BSN semasa mengepalai Pemuda UMNO?

Selama beberapa tahun, tak habis-habis cerita mengenai Khairy mendabik dada menayang-nayang pengaruhnya dan terbabit dengan kegiatan rasuah. Saya difahami Khairy sendiri mengaku dan menjustifikasikan sebagai tidak sebanyak sipolan dan sipolan.

Saya sendiri tahu dari horses mouth mengatakan kuncu-kuncu Pemuda Khairy dan anak seorang bekas menetri yang mendapat laluan mudah untuk projek-projek Jabatan tertentu. ECM Libra itu dah banyak kali diulang.

Sehingga hari ini, polis telah menahan dan meletakkan ikat jamin RM100,000 dan RM300,000 untuk melepaskan kepada penyokong Khairy, Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin Akim dan Limus Jury.

Katanya banyak sekali laporan terhadap Khairy di Jawatankuasa Disiplin UMNO, SPRM dan Polis. Ada satu balai tu sampai ada 15. Seorang sahabat memberitahu semalam, entah lojik ke tidak, ada satu tempat menerima hingga lebih seratus laporan.

Tak payah tunggu Dr Mahathir meleter, Najib akan gantung diri kalau pilih Khairy.

Disatu aspek, Najib memberi benefit of the doubt kepada Khairy dengan memberi tugasan kepadanya untuk menumpu menyatu dan membetulkan pergerakan Pemuda UMNO yang sudah pecah tiga.

Semasa PRK baru-baru ini di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Pemuda UMNO kelihatan hambar.

Harap-harap Khairy tidak berdendam. Kalau dia sebijak yang diwar-warkan penyokongnya, ini peluang baik untuk membina pengikut yang berkekalan. Tunggulah KPI dalam 6 bulan, adalah yang kena berhenti nanti.

Khabar-khabarnya dia mengadakan perjumpaan dengan 80 Ketua Pemuda. Marah betul pengikutnya. Akhirnya Khairy keluar untuk menyejukkan keadaan. Dalam dia menyejukkan keadaan, terkeluar kata dia akan "kenakan" Mukhriz dan Khir Toyo jika dia "kena".

Asal jangan fitnah dan reka-reka bukti nak "kena" orang cukuplah. Kalau betul ada bukti dan saksi, lakukan laporan terhadap Mukhriz dan Khir Toyo. Biar proses undang-undang berjalan dan harap jangan pula ada pihak yang masuk campur menahan proses keadilan.

Masaalah rasuah yang menyebabkan rakyat tidak mahu memberi peluang kepada BN di PRK baru-baru ini, walaupun langkah-langkah Najib apabila dilantik Perdana Menteri memberi harapan baru buat Malaysia.

Untuk mendapatkan keyakinan rakyat, mereka yang terlibat dan ada bukti perlu dihadapkan ke mahkamah. Mesti ada nama-nama besar yang disabitkan rasuah. Baru rakyat akan yakin dengan keseriusan UMNO untuk tangani gejala rasuah. Tidak boleh nak sorok-sorok lagi.

Macam mana nak jawab pada rakyat bila macam-macam pengalaman dan peristiwa orang politik dan pegawaikerajaan mintak wang terang-terang? Macam mana nak jawab bilaahli politik danpegawai kerajaan hdupmewah?

Macam ramai yang sedang bercerita tiga malam lepas ada sekumpulan bekas pegawai-pegawai tinggi Jabatan Perdana Menteri telah charter kapalterbang Airasia-X untuk ke London dan menginap di hotel mewah Dorchester?

Ini sudah menimbulkan keraguan. Adakah mereka pergi ramai-ramai untuk meraikan kejayaan mereka selama 5 tahun? Kejayaan apa selama 5 tahun ini yang diraikan?

Pendikkata, siasat dan lakukan proses undang-undang. Yang salah, besar atau kecil, perlu dilihat dihukum. Itu saja caranya untuk membersihkan parti dan mendapatkan balik keyakinan.

Dalam hal rasuah, kita bukan saja perlu bersih dari rasuah tetapi kelihatan bersih dari rasuah.

14 comments:

MRCM said...

Anggapkan peristiwa mahathir gi jumpa najib , hadir pada penutup "UMNO" dan masuk UMNO serta kempen di Bukit sebagai traidisi cara org tua sokong org muda . Tidak sekali-kali kerana org tua nak pengaruh org muda supaya bentuk kabinet ikut favouritenya. Walau macam manapun najib tidak boleh ambil Mukhriz-baru sama-sama ssaja.Rakyatpun tak mengata...

kluangman said...

Janganlah memperlekehkan Najib dengan andaian itu kabinet Mahathir atau kabinet orang lain. jangan perbudakan cerita dengan Tun atau Daim datang senyap senyap - jangan jadi penulis fotostat rosak.

Cukup cukuplah politik yang penuh dengan fantasi dan fitnah yang tidak sudah sudah, buatlah pendekatan yang sebenar dan realiti dengan mengarah ke isu ekonomi.

Bubarkan UMNO atau istihar pilihanraya umum sekalipun, semuanya tidak akan memuaskan nafsu musuh dalaman dan pembangkang.

Tarik said...

"Harap-harap mereka ambil perkiraan akan kewujudan Dato Johari Baharum sebagai Timbalan Menteri Pertanian. Agak-agak Dr Mahathir berkenan ke tidak dengan Dato Jo?"

Awat TDM tak berkenan?

Tun pernah komen bahawa "Saya tau dia (Pak Jo Kubang Pasu) TAK RASUAH"....hehehe

Yang saya difahamkan, Pak Jo kuat baca mantera, tau! Sebab itu nama dia tetap dan masih lekat pada senarai Kabinet/timb menteri PM ke-6.

HIDUP KUBANG PASU!

Wenger J Khairy said...

Macam mana nak jawab pada rakyat bila macam-macam pengalaman dan peristiwa orang politik dan pegawaikerajaan mintak wang terang-terang? Macam mana nak jawab bilaahli politik danpegawai kerajaan hdupmewah?

Mungkin elok kau tanya chedet ler..

Parpu Kari said...

BRO FUCKATAN RIOT BERCAKARAN!

http://parpukari.blogspot.com/2009/04/bibit-bibit-kehancuran-fuckatan-riot.html

Anonymous said...

Jangan jadi mcm Pak Lah dulu.

Terjah imigresen = jalan-jalan kat Petaling street

Dakwa Kasitah Gadam = dakwa ?????

Lepas tu tak ade ape-ape, including development...

luah fikiran said...

Tanpa ada bukti, apa yang dicakapkan adalah andaian semata-mata. Malangnya cakap-cakap andaian inilah yang diminati dan dipercayai oleh ramai orang. Kes terbaru ialah barisan kabinet Najib yang dikatakan ditentukan lebih awal oleh Tun Mahathir. Saya bimbang, tanpa kita sedari, kita terlibat dengan fitnah. Kalau ada bukti, dedahkan kepada umum. Kita tak mahu pemimpin tertinggi kita menjadi boneka kepada orang lain! Tidak ada kesudahannya kalau kita berterusan mengkritik barisan kabinet Najib ini. Mengapa tidak, kita berikan mereka ruang dan peluang untuk mereka menjalankan tanggungjawab dan menunaikan janji-janji mereka? Pada masa yang sama, kita buat penilaian ke atas mereka dan terjemahkan keputusan penilaian semasa PRU 13 nanti. Kalau bagus, mengapa pula kita tak sokong?

spotthebloggers@gmail.com said...

Laman blog anda telah disenaraikan di dlm:

http://spotthebloggers.blogspot.com

Sila emailkan bantahan sekiranya tidak mendapat izin/perkenan dari anda. Komen/cadangan dialu-alukan. T.k.

Hikayat Mamak Bendahara said...

Korang semua kenapa berdiam dengan gejala rasuah si KJ ni? Dia memang kotor, dan perangai dia memang jahanam.. nak bagi ''benefit of the doubt'' apa lagi? Dah memang nampak di kurang ajar selama 5 tahun. Kalau bagi muka, memang teruk lagi pemerintahan Dato' Seri Najib. Bukti ada, saksi ada... TUNGGU APA LAGI?

saya harap Jawatankuasa Displin ni akan menjalankan tugas yang diamanahkan...tak boleh ada pengaruh2 kotor...

Anonymous said...

Mukhriz memang tak layak. KJ pun tak layak

AK said...

PAKATAN has got no issue to raise, so create all sort of theories, to fuel the peoples thirst for scandal.

Most of these people are fickled, when Tun Lah was around, KJ bad, corrupted, etc. When DS Najib did not include KJ in cabinet, Oh, this is bad, Tun M interfere, Kesian KJ.

In short, there's just no end to this. People! For the sake of the country, please be more objective in voicing your views. The voice of the people is very powerful indeed, BUT if we abuse it, and let irresponsible leaders deceive us, we risk jeopardizing the stability and safety of our nation

Look what's happening to Thailand, the ignorance of people on the state of the global economy and the need for political stability has led to a catastrophe, on both the economy and social.

kluangman said...

Bagi kat pak hang dengan mak hang baru kira layak kot..

Anonymous said...

If Mahathir had his way, there would be 3 Ministers not selected.

I doubt this is Mahathir's cabinet.

Anonymous said...

Wenger J Khairy

Che Det orang ramai dah tanya. Khairy hanya nafi2 yg orang belum puashati.

My Say