Thursday, April 23, 2009

Hafarizam Harun menjawab Hanipa Maidin; Forum awam di Ipoh malam besok


Banyak rakan-rakan komentar pro-Nizar memperlekehkan sumber SMS saya dalam posting mengenai persoalan yang ditimbulkan Hanipa Maidin, Peguam PAS. Sumbernya saya tidak boleh dedahkan tetapi ianya sumber yang mengetahui.

Namun begitu, saya faham pendirian mereka kerana tanpa pendedahan nama, agak susah untuk mereka menentukan kredibiliti sumber saya.

Semalam Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun telah menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Hanipa. Laporan oleh Malaysiakini disertakan dengan jawapan penuh dilampirkan berikut:

Penasihat Umno jawab isu MB Perak

Apr 22, 09 3:51pm

Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan, kata Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ia juga bukan akademik semata-mata tetapi menjawab persoalan kepada tindakan pertama dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Katanya, sejak Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 16 April lalu, banyak telah diperkatakan di dalam blog dan lamanweb tentang kesan atau impak keputusan tersebut, termasuk Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS pusat, Hanipa Maidin dalam harakahdaily.net pada 20 April lalu.

"Justeru itu, saya selaku petua pasukan undang-undang yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan merasakan perlu berikan penjelasan sebaliknya dan menyerahkan kepada pembaca untuk membuat kesimpulan sewajarnya," tegas Hafarizam.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang disiarkan dalam Umno Online hari ini:

A. Pengenalan

Sejak daripada tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April 2009, banyak telah diperkatakan di dalam blog dan laman web tentang kesan atau impak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Notis Usul 06-04-2009 (A) antara YAB Dato Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir dan enam Exco lawan YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (dituntut selaku Yang DiPertua, Dewan Negeri Perak) yang terbaru adalah di dalam laman http://www.harakahdaily.net/ oleh Saudara Hanipa Maidin, Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat pada April 20, 2009.

Justeru itu, saya selaku Ketua Pasukan Undang-undang yang bertanggungjawab di dalam kes di atas merasakan perlu saya berikan penjelasan sebaliknya dan menyerahkan kepada pembaca sekalian untuk membuat kesimpulan sewajarnya.

B. Latar Belakang Kes Mahkamah Tinggi Ipoh Saman Pemula No: 24-247-2009

Tindakan Saman Pemula ini telah difailkan pada 2hb Mac 2009 (tindakan pertama). Antara deklarasi yang dipohon adalah seperti yang tertera di dalam LAMPIRAN 1.

C. Kes Mahkamah Persekutuan Notis Usul No. 06-04-2009(A) di Putrajaya

Terdapat 11 permohonan yang dipohon oleh YAB Menteri Besar Perak dan enam Exconya. Bagi mendapat kata putus kepada tindakan di atas, kami telah failkan suatu permohonan di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak yang bermaksud seperti di bawah:

"Without prejudice to any appelate or revisional jurisdiction of Federal Court, where in any proceedings before another Court, a question arises as to the effect of any Article in the Laws of tahe Constitution or any part thereof, the Federal Court may, on the application of either party to the proceedings, determine that question and either dispose of the case or remit it to the other Court to be disposed of in accordance with the determination."

Ianya telah didengar oleh Mahkamah Persekutuan daripada 13hb hingga 14hb April dan keputusan diberikan pada 16hb April. Berikut adalah (LAMPIRAN 2) persoalan undang-undang yang telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu soalan (i) dan (ii) Lampiran A kepada LAMPIRAN 2 di sini.

Pada hari yang sama juga, (16 April 2009) Mahkamah Persekutuan telah membuat perintah-perintah berikut terhadap tindakan pertama kami iaitu memberikan perisytiharan bahawa;
a. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif Pertama hadir pada sidang Dewan Negeri selama 18 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah; dan

b. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif ke-2 sehingga ke-7 menghadiri sidang Dewan Negeri selama 12 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.
Berdasarkan kepada perintah-perintah peristiharan di atas, saya menyatakan bahawa YAB MB Perak dan enam Exconya layak hadir ke sidang Dewan Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 7hb Mei 2009 atas alasan-alasan berikut:

i. Perintah-perintah yang diperolehi adalah muktamad dan tiada lagi ruang untuk merayu.

ii. Jikalaupun tidak mendapat keseluruhan permohonan di dalam tindakan pertama, sila lihat Lampiran A kepada LAMPIRAN 2, yang pentingnya di sini ialah persoalan kesahihan penggantungan terhadap YAB MB Perak dan enam Exconya telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia ia tidak sah dan terbatal;

iii. Dalam ertikata lain, lain-lain permohonan (prayers) di dalam tindakan pertama hanyalah bersifat bersampingan (consequential). Yang pentingnya, seperti saya tegaskan tadi, adalah apa yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan.
Berkenaan pendapat Saudara Hanipa bahawa Peguam UMNO telah salah memilih prosedur, iaitu perlu melalui semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya Saman Pemula, ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam bantahan awal peguam YB Sivakumar bahawa tindakan pertama (iaitu melalui Saman Pemula) adalah betul dan wajar. Tambahan lagi, apa yang dipohon adalah deklarasi hak-hak (declaration of rights) oleh YAB MB Perak dan enam Exconya.

Isu keputusan YB Sivakumar selaku Yang DiPertua patut dipadam oleh Mahkamah (quasued by the court) tidak timbul (non-issue) kerana ianya dibuat secara berseorangan (unilateral) dan bukannya di dalam sidang sah Dewan Negeri Perak. Sila lihat LAMPIRAN 3 iaitu kenyataan akhbar YB Sivakumar. Jelas perkataan yang dibuat adalah "Saya telah membuat keputusan...."

Begitu juga surat-surat pemberitahuan di dalam LAMPIRAN 4, semuanya jelas menggunakan perkataan "...kuasa saya...." Ini pada hemat saya penggunaan kuasa secara berlebihan (excess use of powers) oleh YB Sivakumar dan tidak mengikuti lunas undang-undang.

D. Apakah yang dikatakan suatu penghinaan (contempt) yang kononnya dilakukan oleh YAB MB Perak dan Enam Exconya sehingga ianya digantung oleh YB Sivakumar?

Jikalau dilihat Saman untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebebasan (Rights and Privileges Committee) yang dikeluarkan oleh YB Sivakumar, selaku Yang DiPertua Dewan Negeri Perak, iaitu LAMPIRAN 5 (untuk YAB MB Perak) dan LAMPIRAN 6 (untuk Enam Exconya), ianya dikatakan suatu penghinaan (contempt) kerana:

(a) Untuk YAB MB Perak (LAMPIRAN 5)

"(i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat diri kamu sebagai Menteri Besar;

(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-undang Tubuh Perak;

(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;

(iv) Bahawa tindakan kamu membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;

(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YB Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;

(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai seorang ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;

(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan;

(viii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu bermaksud suatu kelakuan rasuah, derhaka, pengaruh tak wajar, biadap dan pemerintahan buruk."
(b) Untuk Enam Exco Perak (LAMPIRAN 6)

"(i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat sebagai ahli EXCO;

(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-Undang Tubuh Perak;

(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;

(iv) Bahawa tindakan di atas membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;

(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YAB Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;

(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini dan adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;

(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan."
Persoalan pokok di sini ialah bukankah DYMM Paduka Seri Sultan telah perkenan mengadap dan mengangkat sumpah jawatan YAB MB Perak pada 6hb Februari 2009 manakala enam Exco pada 10hb Februari 2009. Jika menerima perlantikan jawatan YAB MB Perak dan Exco adalah suatu penghinaan (contempt) kepada Dewan Negeri, tidak menerimanya pula adalah suatu penderhakaan (traitor) terhadap kuasa mutlak DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Kesimpulan saya daripada di atas adalah berikut:

(i) Oleh kerana pihak pembangkang mengakui prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability) kuasa DYMM Paduka Seri Sultan melantik Menteri Besar dan barisan Exconya, YAB MB Perak dan Enam Exconya telah dijadikan mangsa serangan (obvious target);

(ii) Ianya adalah serangan secara pintu belakang (back door challenge) disebabkan prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability); dan

(iii) Suatu lagi contoh penggunaan kuasa secara keterlaluan oleh YB Sivakumar selaku Yang Dipertua Dewan Negeri Perak tanpa mengambil kira prinsip pecahan kuasa iaitu DYMM Paduka Seri Sultan Perak selaku Ketua Negeri dan di bawahnya adalah Badan Legislatif dan Eksekutif.

E. "Mesyuarat bawah pokok" - tidak sah

Adalah mengelirukan pada hemat saya, apabila Saudara Hanipa mengatakan bahawa penggantungan YAB MB dan Enam Exconya telah diterima (endorsed) di sidang bawah pokok kerana alasan-alasan berikut:

(i) Perintah Tetap 10, Perintah-perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan (LAMPIRAN 7) jelas mewajibkan perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan di dalam warta;

(ii) Mesyuarat bawah pokok pada 3hb Mac 2009 tidak mendapat perkenan, tiada perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan; dan

(iii) Ketiga-tiga mesyuarat di dalam Penggal yang terdahulu, yang terakhir berakhir pada 13hb November 2008, mempunyai perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan. Ianya telah diikuti secara ketat oleh YB Dato' Seri Ir Mohd Nizar Ahmad Jamaludin sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Perak.
F. Kesimpulan

Adalah hujahan saya bahawa perintah Mahkamah Persekutuan yang diperolehi pada 16hb April 2009 adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan. Ianya juga bukan akademik semata-mata tetapi menjawab persoalan kepada tindakan pertama dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Kalau siapa yang ingat posting saya, pasti anda akan bertemu istilah Inggeris "justiciability". Terfikirkah dari mana istilah itu datang?

Apa hal pun, harapnya kita dapat penjelasan yang lebih baik dari jawapan saya sebelum ini. Setuju atau tidak terpulang pada anda.

Sementara itu, Jumaat petang pukul 8 malam di Ipoh Town Hall akan ada satu forum awam berkenaan isu Perlembagaan Perak.

Elok bagi mereka yang ingin tahu dan faham hadhir untuk mendengar isu ini. Muga harapan penganjur agar akan ada pandangan kedua-dua belah pihak dapat menjadi kenyataan. Harap pihak Pakatan Rakyat berani menghantar wakil.

Butir-butir di
sini.

Tulisan Hanipa Maidin boleh diperolehi di sini dan sini.

19 comments:

askar melayu said...

To be honest, I just browsed what you wrote. I am not a lawyer nor do I have any legal background. But what I do know is that when a case has been decided by the Federal Court, it has to be accepted. Jika tidak, apa perlu membuang masa pergi ke mahkamah.

I have commented before, bila UMNO diharamkan, mahkamah itu bebas. Bila Raja Petra dibebaskan, mahkamah bertambah liberal. Bila Anwar dibebaskan, tiada campurtangan eksekutif. If it happened otherwise ......

The forum won't change the opinion of those who accept the court ruling only if it's in their favour. So, it will be a waste of time, really.

antubiul said...

dua dua mamak ke

Anonymous said...

Oleh Amin Iskandar

Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)

Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:

1. Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
2. Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
3. Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
4. Dimanakah Prowaris?

Apa lagi yang Najib tak lakukan?

Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!

——–

The Malaysian Insider | April 22, 2009

Najib drops Bumiputera quota for services sector

KUALA LUMPUR, April 22 - Datuk Seri Najib Razak today freed the country’s services sector by ending the 30 per cent Bumiputera equity rule in an attempt to improve Malaysia’s competitiveness in the
softening global economy.

The Prime Minister, who is also the finance minister, promised further liberalisation, saying that he would announce details of the liberalisation of the financial sector next week.

Reading from a prepared statement the Prime Minister said he expected a greater flow of foreign investments in the services sector which currently forms 11 per cent of total investment.

“Recognising the growth potential in the services sector, the government has decided to immediately liberalise 27 services sub-sectors, with no equity condition imposed. These sub-sectors are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services,” said Najib.

The government, he added, would also allow foreign legal firms to practice in the country but to only offer services in Islamic finance.

“As part of the measures to develop Malaysia as an international Islamic financial hub, the legal profession will be liberalised to allow up to five top international law firms with expertise in international Islamic finance to practice in Malaysia,” said Najib.

Other services liberalised are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services.

Najib also announced an allocation of RM100 million to be managed by the Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) to strengthen the local services industry in facing the liberalisation.

“The liberalisation initiatives will not adversely affect the domestic services industry. The government will continue to support the industry in capacity building and in the opening up of export markets,” said Najib.

When asked on the sub-sectors selected to be liberalised, Najib said it was part of Malaysia’s commitment to Asean on liberalisation.

“It’s in line with what Asean countries are doing. Some (of our measures) are better,” he told reporters.

Najib however refused to give out details on the liberalisation of the financial sector.

“I want it to be full of surprises,” he said.

Anonymous said...

Oleh Amin Iskandar

Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)

Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:

1. Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
2. Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
3. Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
4. Dimanakah Prowaris?

Apa lagi yang Najib tak lakukan?

Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!

——–

The Malaysian Insider | April 22, 2009

Najib drops Bumiputera quota for services sector

KUALA LUMPUR, April 22 - Datuk Seri Najib Razak today freed the country’s services sector by ending the 30 per cent Bumiputera equity rule in an attempt to improve Malaysia’s competitiveness in the
softening global economy.

The Prime Minister, who is also the finance minister, promised further liberalisation, saying that he would announce details of the liberalisation of the financial sector next week.

Reading from a prepared statement the Prime Minister said he expected a greater flow of foreign investments in the services sector which currently forms 11 per cent of total investment.

“Recognising the growth potential in the services sector, the government has decided to immediately liberalise 27 services sub-sectors, with no equity condition imposed. These sub-sectors are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services,” said Najib.

The government, he added, would also allow foreign legal firms to practice in the country but to only offer services in Islamic finance.

“As part of the measures to develop Malaysia as an international Islamic financial hub, the legal profession will be liberalised to allow up to five top international law firms with expertise in international Islamic finance to practice in Malaysia,” said Najib.

Other services liberalised are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services.

Najib also announced an allocation of RM100 million to be managed by the Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) to strengthen the local services industry in facing the liberalisation.

“The liberalisation initiatives will not adversely affect the domestic services industry. The government will continue to support the industry in capacity building and in the opening up of export markets,” said Najib.

When asked on the sub-sectors selected to be liberalised, Najib said it was part of Malaysia’s commitment to Asean on liberalisation.

“It’s in line with what Asean countries are doing. Some (of our measures) are better,” he told reporters.

Najib however refused to give out details on the liberalisation of the financial sector.

“I want it to be full of surprises,” he said.

Panglima Perang Cyber said...

isu kerabat raja kelantan dan foto2 manohara ada di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/04/edisi-khas-isu-manohara-odelio-pinot.html

Anonymous said...

hoi amin,
bole blah lar..ko tu pecacai pas..ko ingat ko tu lebe pandai dari najib ke..kalo ko pandai jd lar pm..ko tu pandai cari salah orang je..najib tentu ada perancangannya..ko ingat dia tu haprak macam ko ke..ko buat blog pecah belah melayu adalar..

Mata kecik sebelah..

Jahamy said...

BRO,

PLACED YOU ON MY BLOG LIST. BUT WHERE IS RAPERA ON YOURS? ..:)

A Voice said...

Brother Jahamy

It's on my bloglist. Your blog goes up in the order upon your updating.

borhan said...

kalu dua-dua mamak bagi depa nasi kandar la

Anonymous said...

Perdana Menteri Kerajaan Al-Juburi yang baru, Annu War Berrrrraahimm hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana SEMUA KUOTA ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam SUDAH dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)

Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehingga menganjurkan demonstrasi GULING-GULING DAN MENDERHAKA KEPADA SULTAN di negeriyang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

Apabila Annu War mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:

1. Dimanakah PAS yang kononnya memperjuangkan hak orang Islam (YANG RATA-RATANYA ORANG MELAYU)?
2. Dimanakah Khalid Ibrahim dan yang sewaktu dengannya?
3. Dimanakah Hanipa Maidin dengan hujah-hujahnya dalam membela nasib mamak & Melayu?
4. Dimanakah PUAK-PUAK PEMBANGKANG YANG BERKETURUNAN MELAYU?

Apa lagi yang Annu War tak lakukan?

Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan KERANA DIA.

Ekuiti Bumiputera semua dah dimansuhkan KERANA DIA.

Sahlah bahawa MEREKA yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

Mereka hanya buat bising apabila PKR DAN PAS kehilangan kuasa DI PERAK.

Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!

pahitperia said...

amin iskandar tu pahal kelakar sgt?.. dah banyak explanation buat pun dia tak paham2 lagik ke?.. sy yg tak brapa nak follow politik DS Najib pn bleh paham apa benda yg dia DS Najib nak sampaikan.... dia nak bangkitkan isu yg nampak ala2 menggelabah pulak... haih.. rational sket bro.. teruskan memberi komen lagik ye encik amin.. sy pasti anda boleh memberi komen dgn lebih baik lagi..

Anonymous said...

aper beza deklarasi dan perintah? hmmm...

M.H.A Hamzah said...

cek blk sidang bwh pokok tu sidang apa.
dia kena tgk plak,sidang di bwh pokok tu,hakim dh berkeputusan tak nak layan isu tu.
yg dia dok sembang panjang lebar pasal keputusan sivakumar pd Rights and Privileges Committee.

Anonymous said...

aper beza deklarasi dan perintah? takder saper nak jawap ker? aku keliru nie.

Anonymous said...

Untuk Amin Iskandar: Sila semak kamus ataupun tanya kepada guru bahasa Inggeris Sekolah Rebdah Kebangsaan Tamil di Sentul apa beza services sector dengan public sector/service. Yang PM kata nak mansuhkan kouta 30% dalam sektor perkhidmatan bukannya sektor perkhidmatan awam. Sektor perlhidmatan ialah di mana basis perniagaan ialah jenis perkhidmatan mcm peguam, doktor etc. Perkhidmatan awam ialah kerja kerajaan. Kerajaan tak boleh nak mansuhkan kouta bumi dalam perkhidmatan sebab benda tu tertaklu dalam Perlembagaan. Saya tak tau samada boleh dapat 2/3 majoriti atau tidak kalau ada usul di Parlimen. Harap saudara Amin Iskandar janganlah gelabah tak tentu hala.

Beza deklarasi (declaration aau pengisytiharan) dengan order (perintah) senang aje. Deklarasi ialah bila contohnya (contoh aje tau nanti jadi subjudice) Mahkamah bahawa membuah pengishtiharan bahawa si polah si polah tidak lagi jadi Menteri Besar. Perintah pula ialah bila Mahkamah memerintahkan si polah sipolan yang dah dideklarasikan sebagai bukan menteri besar untuk memulangkan kereta Camry milik kerajaan. Kalau tak pahan tau tau lagi lah.

-Citytour-

Haris Angel said...

Dear All,

this is an extract of a report by an independent journalist which shows that the Election Commission is just PRO BN! If you support this report, please cut and paste on every group in all BLOGS and place in this world. Thank you.

"The same views have been echoed by no less than the Election Commission (EC). Plus, the EC has openly supported proposals by some BN leaders such as Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Mukhriz Mahathir and Tan Keng Liang to prevent "unnecessary" elections. These include suggestions for stricter laws, and penalties for elected reps or their parties should an elected representative resign for reasons other than what's stated in Article 48(1) of the Federal Constitution."

http://www.thenutgraph.com.my/funding-democracy-the-bn-way

Keylee Daud said...

2 2 lawyer,yang mana untuk dilihat telah diadili,yang mana untuk diadili untuk dilihat?..fening kepala

Anonymous said...

Why was Hanipa Maidin did not attend the forum that night ? Chicken out ?

Anonymous said...

Sidang DUn 3 Mac sah lah peguam umno ooi. Pasal sidang sebelumnya hanya ditangguh, jd perkenan sultan xperlu.

Samalah macam sidang parlimen ttg palestin, tu pun xdak perkenan agong. Pasal sidang sebelum tu pun hanya ditangguh.

Patutlah org2 umno ni bodoh undang2, pasal peguam dia pun ikut bebal sekali.

My Say