Wednesday, April 22, 2009

Nizar penderhaka ugut dan hasut untuk tumbangkan Institusi Raja


Semasa Nizar ditanya mengenai kenyataan "salam derhaka" kepada Tuanku Sultan Perak kerana tidak mempersetujui keputusan tidak membubarkan Dewan Undangan NEgeri Perak, dia cuba memutarbelit mengatakan ianya perkara biasa.

Dari segi adat, salam derhaka hanya kata-kata sopan cara istana untuk mempersembahkan satu pandangan yang mungkin tidak digemari Sultan. Pandangan kepada Sultan hanyalah sebelum Tuanku membuat keputusan dan mengeluarkan perintah. Setelah keputusan dibuat, ianya patut dihormati dan sebolehnya dituruti.

Tindakan Nizar tidak mempersetujui keputusan Tuanku Sultan Perak yang sudah tersurat dan tersirat kuasa dalam Perlembagaan, bukan salam derhaka, tetapi benar-benar derhaka.

Keputusan Tuanku adalah prerogatif yang termaktub dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Perak dan penentangan secara tidak langsung bermaksud menentang sekali undang-undang, perlembagaan dan institusi negara.

Lebih teruk hari ini, afidavit Nizar yang dilapurkan akhbar hari ini mendedahkannya bukan sahaja menderhakai Institusi negara dan undang-undang tetapi mengugut akan menumbangkan Sultan dengan menyebut apa yang berlaku kepada Sultan Masir dan Shah Iran.

Sedutan dari laporan Malaysia Insider bertarikh April 22hb, 2009 berikut:

----------------------------

On Feb 5, the Sultan informed Nizar that he was rejecting the request to dissolve the assembly.

Hearing this, Nizar interjected and spoke for 15 minutes, urging the Ruler to allow the people of Perak to exercise their rights and elect their own government.

"When the assembly is dissolved, the rakyat will view the Sultan as someone who is fair and not partisan. They will in turn respect the institution for returning to them their rights to elect the government.

This is also consistent with the constitutional monarchy system and democratic principle here…

"In contrast, if the people were denied their rights, the people may lose respect for the institution and the Sultan…I pointed out that history showed that in countries such as Egypt and Iran the institution of the monarchy was diminished or completely wiped out when decisions not in the interest of people were made.''
----------------------------

Padahal semasa menyambut Majlis Hari Keputeranya baru-baru ini, Tuanku Sultan Perak telah berpesan di hadapan Nizar sendiri bahawa institusi raja itu adalah di atas politik. Mereka tidak terdaya untuk menjawab persoalan, polemik dan retorik politik.

Tindakan Nizar mendedahkan perbualan perjumpaannya denagn Sultan adalah tindakan derhaka, biadap dan kurang ajar. Nizar boleh dianggap cuba menghasut (seditous) rakyat membenci raja dengan mendedahkan perbualan yang sepatutnya dihormati sebagai rahsia.

Adakah dia cuba mengheret Tuanku Sultan Perak ke mahkamah untuk menjawab? Berikut adalah laporan sepenuh Malaysiakini:

----------------------------
Nizar dedah perbincangan dengan Sultan

April 22, 2009, Malaysiakini

Dalam perkembangan terbaru dalam kemelut politik Perak, Sultan Azlan Shah didakwa tidak menyebut sebarang peruntukan di bawah perlembagaan negeri itu sewaktu menitahkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Ianya terkandung dalam satu afidavit yang difailkan oleh menteri besar Pakatan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Pemimpin Pakatan Rakyat itu memberi butir-butir terperinci mengenai apa yang berlaku ketika menghadap Sultan Perak pada 4 dan 5 Februari lalu.

Mohd Nizar juga menafikan dan mempertikaikan versi yang dinyatakan oleh penasihat undang-undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dalam afidavitnya. Menurutnya, versi Ahmad Kamal tidak menggambarkan kebenaran sepenuhnya.

Dalam afidavitnya untuk menyokong menteri besar BN yang baru dilantik, Datuk Zambry Abdul Kadir, Ahmad Kamal mengatakan Sultan menyebut tentang perlembagaan (negeri) apabila mengarahkan Mohd Nizar meletak jawatan.

Mohd Nizar juga mendedahkan bahawa sewaktu menghadap sultan selama 15 minit pada 5 Februari lalu, beliau telah memberitahu baginda mengenai akibat yang akan timbul sekiranya gagal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut afidavit tersebut, Mohd Nizar berkata ia bermula pada 4 Februari, ketika beliau menghadap baginda Sultan untuk memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak berikutan kehilangan tiga ADUN - Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) - yang telah “meletak jawatan”.

Bagaimanapun, baginda Sultan memberitahu Mohd Nizar bahawa baginda akan mengkaji permohonan itu dan menyebut ayat al-Quran “Innallaha maa Sobirin”(sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar).

Mohd Nizar berkata, beliau menghormati keputusan itu dan sewaktu pertemuan tersebut, beliau juga turut menyerahkan draf pembubaran DUN untuk mendapatkan perkenan baginda.

Bagaimanapun, Mohd Nizar menafikan bahawa semasa menghadap baginda Sultan, beliau pernah menyatakan kepada baginda bahawa terdapat kehilangan kepercayaan kepadanya sebagai menteri besar oleh majoriti anggota DUN, dan kerana itu, beliau mahu membubarkan


Untuk perhatian: Perlukah Tuanku Sultan menyebut peruntukkan undang-undang untuk melegitimasi kuasanya di bawah Perlembagaan?

Di perenggan terakhir, Nizar tidak menceritakan kedudukkan sebenar mengenai kedudukkan majoritinya di perenggan terakhir. Adakah dia menganggap Tuanku Sultan Perak boleh ditipu daya dari mengetahui keadaan sebenar?

----------------------------

Jika bukan naluri Nizar sebagai aktivis Islamist untuk menerima budaya istana, dia seharusnya menghormati institusi dan sistem kenegaraan yang terbina berasaskan keputusan majoriti rakyat dan diperkenan pemegang kuasa sovereign. yang sah semasa itu, ia-itu Sultan (bukan rakyat atau penjajah).

Tuduhan derhaka terhadap Nizar yang dimaksudkan bukan berdasarkan ketidaksetiaan membabi buta ala feudel. Nizar derhaka kerana menentang dan tidak menghormati sistem dan institusi dalam menjalankan peraturan, dan pengagihan kuasa menurut perlembagaan dan undang-undang.

Kalau ada pihak mengatakan salah untuk terlalu setia seperti Hang Tuah, hujah itu betul. Kerangka minda feudel dalam pemikiran orang Melayu adalah satu masaalah yang sangat besar. Pemikiran sedemikian berpaksi kepada sifat setia membuta tuli (blind loyalty) yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Disebaliknya, kelakuan Hang Jebat yang digambarkan dalam Sejarah Melayu bukan caranya juga. Hang Jebat bertindak berdasarkan emosi, dendam, dan tidak rasional, bukan sebenarnya ke arah kebenaran.

Mungkin ada menerima Hang Jebat sebagai hero, kerana di zaman itu, kuasa mutlak terletak pada raja dan kadang-kadang atau sering kali, keputusan raja salah atau tiada bijaksana. Di sini hujah ini pun tidak cukup kuat. Semasa ia "mengamuk", ia meruntuhkan kestabilan dan menghuruharakan orde atau susunan peraturan dan institusi.

Baik Hang Tuah atau Hang Jebat, sama-sama tidak boleh diikuti. Kita perlu setia tetapi tidak perlu menurut membabi buta. Kesetiaan kita adalah kepada susunan, proses peraturan, penagihan kuasa dan institusi yang terbina berasaskan orde, keadilan dan akauntabiliti.

Kiranya keputusan, yang dibuat menurut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan, tidak dituruti dan ditentang secara militan, maka itu satu penderhakaan. Hanya anarkis yang gemar membawa huru hara melanggar undang-undang, perlembagaan, dan institusi negara.

Baca tulisan blog Kamal Farsya yang berpendapat Nizar berbohong di sini. Blogger Old Fart yang bersimpati dengan Nizar kini mula kecewa dengan kenyataannya sini. Manakala, blog Bicara Kapar 2 mendedahkan bukan kali pertama Nizar tidak menghormati dan menderhakai Institusi Raja.

23 comments:

Loq Otoq said...

PR berkata bahawa keputusan Bukit Gantang adalah referendum rakyat Perak mahukan pembubaran DUN Perak.

Jika ianya suatu referendum maka ia juga boleh dibaca sebagai penolakan org Melayu Perak terhadap sikap derhaka Nizar. Hampir 7 orang dari setiap 10 pengundi Melayu di Bukit Gantang berkata Nizar biadap kepada Sultan.

Is there a case to haul him under the Sedition Act? Apatah lagi memetik kenyataan terbaru beliau di bawah tajuk blog tuan kali ini.

Husin Lempang said...

Nizar bacul,

Nak jadi pemimpin tapi takde bakat dan kebolehan langsung.

Takhta dia pun tak boleh jaga. Apalagi kalau kuasa pemerintahan Malaysia jatuh ke tangan PR. Boleh percayakah yang dorang ni tak terlepas nanti ke tangan orang asing! Ni baru BN rampas dah terbaring atas jalan, kalau orang asing mungkin pengikut PAS semua terbaring dalam parit, mandi air taik.

Cukup lah jadi boneka chinese government of Perak ala chinese goverment of Penang and Singapore tu. Ngeh si Rasputin dan Ngah 'ulamak dapsy' si tukang karut Miming Alquran, boleh blah dari Bumi melayu ni. You both can go back to your ancestral hell hole of Hunan bodoh. A place where your ball less fore father has forsaken in favor of the so-called (ala konon-konon lah) injustice malay land.

Nizar, ko pun boleh balik ikut klon engko tu, you 3 headed serpent!

Yang dok sokong lagi tu buta kah?

Anonymous said...

Nizar tak begitu. Ya ALLAH lindingilah Nizar dari segala tomahan-tomahan dan fitnah-fitnah yang di lemparkan terhadapnya.

LeeZ said...

Aikk??? mana dapat analisis 7 out of 10 pengundi Melayu BG menolak Nizar tu???

Pandai2 jer kasi fakta sendiri...

Yang menolak Nizar adalah melayu2 KAMPUNG yang tidak terdedah pada internet dsb.... not 7 out of 10 pengundi Melayu...

Anonymous said...

NIZAR UMPAMA ANJING KURAP YG TERSEPIT DILEPASKAN... BILA DILEPASKAN DIGIGITNYA TANGAN ORG YANG MELEPASKANNYA.. DASAR ANJING KURAP MAKAN TAIK CINA. BODOH PUNYA USTAZ PAS. IKUT TELUNJUK KAFIR HARBI CILANAT. BODOH SOMBONG. TAK SEDAR DIRI. SULTAN YANG LANTIK DIA JADI MB PASTU DIA DERHAKA KAT SULTAN. SIAL PUNYA MANUSIA. PASTU BUAT MUKA KESIAN. SULTAN TU BERIBU KALI LEBIH ARIF PASAL UNDANG2 MALAYSIA NI. SETAKAT KO NIZAR.. APA SANGATLAH NAK DIBANDINGKAN DENGAN PENGETAHUAN TUNANKU YANG AMAT ARIF HAL2 PERUNDANGAN.. BODOH PUNYA NIZAR. SOKONG CINA KOMUNIS TU BUAT APA. KALAU DULU PAS SAMBUT UMNO JADI RAKAN KONGSI PERINTAH PERAK KAN BAGUS. PAS JUGA YANG JADI MB. ITU UMNO DAH JANJI. NI TAK NAK. BODOH SOMBONG. NAK JOIN NGAN CINA KOMUNIS. HA SEKARANG CINA KOKMUNIS DAH NAIK KEPALA. HASUT SANA SINI. KO TANGGUNG LA SUME NI NIZAR SIAL OII!!! KIMAK PUNYA NIZAR. ANGIN SATU BEDAN AKU NGAN KO. RASA NAK LEMPANG JE MUKA KO YANG TERSENGEH2 MCM KAMBING DAH MAKAN NASIK KANGKANG. BODOH PUNYA NIZAR!!!!!

ANAK IPOH YG MARAH!!

Anonymous said...

sedar lah wahai rakyar perak, tolak lah si nizar penderhaka tu

Anonymous said...

Derhaka ni konsep lama dan kunolah. Kalau BN dah dapat kuas peemrintahan Perak secara haram, mana ada konsep derhaka. sebaliknya, yang perlu dipertahankan ialah kuasa rakyat. ini yang MB Nizar lakukan. Raja pun bukan semua adil, tambah lagi di zaman sekarang, ada kepentingan politik dan perniagaan. ini bukan direka reka, tapi adalah fakta.

Ruginya Aku said...

Kalau aku Cina yg kaya raya dh lama aku balik China.

China bukan mcm tahun 50-an

Sekarang China dah maju, banyak big city. Massage centre pun banyak. Amoi2 cun service baik punya, (murah2).

Apala korang? Duit Malaysia masih ada nilai gunakan sebelum susut.

PaKMie said...

Kalau org yg tak layak jadi Pemimpin tetapi diangkat juga beginilah jadinya...

Nizar mmg sdh jelas derhaka.

Kalau dalam wayang kulit Nizar ni mcm wak Long Lah...apabila wak long diangkat jadi raja macam Nizar lah sdh lupa diri....wak Long tidak kenal siapa Pak Dogol, wak Long Tdk kenal lagi Raja Sri Rama...wak Long sdh lupa sahabat akrab Wak Yah, Samad dan sahabat2 lain....

Pakmie.blogspot.com

Panglima Perang Cyber said...

DAH LETIH KITA BAGI BUKTI2 TAPI KENAPA RAKYAT TAK NAK PERCAYA ?


SEMUA SUDAH TERKUNCI HATI BAHAWA BN JAHAT DAN PR BAIK MACAM WALI ATAU SAMI.

APA BOLEH BUAT...

Pejuang Bangsa said...

Nizar mmg penderhaka alaf ini ..dia boneka DAP untuk menderhaka sultan

nizar yg mendedahkan isi perbincangan beliau dgn Sultan kepada beliau memang sunggup kurang ajar sekali !! jika apa yg dia ckp itu tidak betul mmg boleh didakwa kerana menghasut rakyat ..

Ken Arok, the Dark Justiice said...

Tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada kebijaksaan Menteri Besar Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung kedudukan dan kontroversi gambar peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong; membuktikan baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik, harus dipuji dan dicontohi warga istana lainnya, terutama Perak.

Sikap Sultan Selangor ini membuktikan bahawa warga Istana Mestika masih berintegriti dalam kepimpinannya.Tindakan terdesak pimpinan UMNO, khasnya Khir Toyo, apabila menggunakan isu Elizabeth Wong sebagai bahan politik juga haruslah dipandang serius, dan jika perlu harus dibawa ke Badan Kehakiman untuk rujukan dan pengadilan, kerana ini melibatkan maruah dan imej individu.

Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu menyaman Raja Perak dan tindakan MB Pakatan Rakyat Mohammad Nizai Jamaluddin "sembah derhaka" seharusnya dilihat dari suatu sudut keadilan demokrasi dan bukan lah dengan hanya berdasarkan nafsu perkauman radikal semata-mata.

Sedarlah, sudah hampir 52 tahun Umno-BN itu sendiri memecah-belahkan bangsa Malaysia, dan mewujudkan perkauman.

Masyallah..Jangan diperguna dan diracun minda kaumku dengan penerapan politik perkauman Umno-BN!!

Persoalannya, di mana letaknya fungsi sebenar Raja-raja??Berlaku juga rusuhan dan penindasan. Institusi beraja seharusnya adalah "payung" lindungan buat semua kaum, dan bukan hanya Melayu sahaja.

Dari sudut politik sy, adalah tepat agar dikembalikan kekebalan Raja-raja Melayu dan Majlis Raja-Raja, selagi ianya tidak melanggari Undang-Undang Persekutuan. Majlis Raja-Raja seharusnya diberikan kuasa dalam pencaturan ‘social welfare’ tanpa berkiblat kan mana-mana parti politik atau dikawal oleh Badan Eksekutif dan hanya berjunjungkan kepentingan rakyat semata-mata.


Dimana kuasa sebenar mereka untuk membela rakyat?

Ucapan Daulat dan Ampun Tuanku hanya kepura-puraan dan penghinaan buat mereka sendiri.Benarkah sehingga begitu sekali?

Isu penderhakaan oleh MB Perak, Nizar Jamaluddin hanya diperbesar-besarkan oleh kerajaan pimpinan BN. Isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat yang secara terang-terangan tidak sah dari sudut perundangan.

Penulis sekeras-kerasnya menyokong tindakan Karpal Singh dan Nizar Jamaluddin agar sebagai suatu pencetus buat Politik Baru Malaysia.

Sultan Perak sebenarnya telah 'cuai' dan tidak menepati proses undang-undang apabila memecat Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin dan melantik Zambry Kadir sebagai pengganti.

Tindakan Sultan Azlan Shah mengadakan dua pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib tampa kehadiran Dato' Seri Nizar, nyata secara terang-terangan membelakangkan prinsip keadilan.

Sebagai seorang bekas Ketua Hakim yang berpengalaman, Sultan Azlan Shah seharusnya arif bahawa tidak betul baginya untuk memutuskan keputusan dan mengadakan pertemuan dengan hanya sebelah pihak yang berkepentingan, tampa kehadiran pihak yang lagi satu.

Ini berbeza dengan kes keadilan yang lazim di mana kedua-dua pihak mempunyai hak untuk memberi penjelasan. Dalam hal ini, Dato' Seri Nizar terbukti tidak diberi ruang untuk memberi penjelasan.

Seperti Lord Denning nyatakan dalam Metropolitan Properties C0 (FGC) Ltd v. Lannon 1969, 1:Q.B. 577; "Keadilan mesti ditegakkan dengan yakin dan keyakinan akan termusnah apabila manusia yang berfikiran waras berfikir, "Hakim berat sebelah."

Setiap hakim, melainkan dia adalah seorang hakim yang jahat, tahu bahawa perkara yang betul mesti dilakukan adalah perlu mengikut ungkapan yang sering diulang oleh Ketua Hakim Hewart dalam kes Rv. Sussex Justices, ex parte Mc Carthy, " Ia bukanlah sebahagian dari keutamaan, tetapi keutamaan dasar bahawa keadilan bukan saja mesti dilaksanakan, tetapi harus ditunjukkan dan tidak diragukan, serta haruslah terbukti bahawa ianya telah pun dilaksanakan."

firdaus said...

jangan lupa golongan yang sama 'celaka' dgn karpal singh iaitu umno yang telah menghilangkan KUASA RAJA pada 1993sehinggakan sesiapa sahaja boleh mengheret raja-raja melayu ke mahkamah.

jangan lupa puak yang menghina agong sehingga sanggup kata agong binatang di kuala terengganu tahun lepas.

dengan jelas boleh nampak pihak mana yang paling derhaka pada raja-raja melayu kemudian bersikap hipokrit kononnya taat pada raja apabila mempunyai kepentingan politik.

melayu mudah lupa, kata chedet.

itu melayu umno, orang chedet yang mudah lupa bukannya bangsa melayu...

Anonymous said...

Nizar durhaka pada raja,,,,,??????!!!! tak pa kot asal jgn DURHAKA PADA ALLAH,,,,, he he he he he he he,,,,,

GOMO said...

ANWAR LELEH KAT SAIFUL http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/anwar-meleleh-bila-saiful-bukhari-cubit.html

TEKONG DARAT said...

hangpa kalu nok sokong BN tu sokong jer laa...
tak yah babit raja...
pukimak hangpa laa...

TEKONG DARAT said...

raja memang atas politik...
tapi takkan laa atas undang2..
puak pukimak umno yg letak raja bawah undang2 pun

Anonymous said...

wa percaya Nizar adalah orang baik yang di fitnah, nizar di anggap pengkianat dan penderhaka, ini bukan calang2 tuduhan, wa simpati dgn DS Nizar, wa tau DS Nizar org yg tabah dan tak mudah mengalah, lu bikin sejuta persepsi buruk pada Nizar, wa ucap sejuta terima kasih pada lu dan seluruh geng2 blogger lu, Sokongan anak muda pada nizar dan masyarakat yg celik maklumat makin bertambah.. wa ucap terima kasih pada lu sekali lagi.

Anonymous said...

Sultan Azlan tidak salah dalam membuat keputusan. Itu hak baginda sebagai ketua negeri Perak. Baginda bertindak dalam kerangka kuasa yang ada. Sudah jelas bahawa kuasa membubarkan DUN berada di bawah baginda. Malah pada masa itu DS Nizar berkata terserah pada baginda untuk membuat keputusan malah yakin baginda akan membuat keputusan yang betul. Ini bila baginda buat keputusan yang tidak memihak pada mereka terus buat kacau di Perak. Patut kalau betullah DS Nizar dan PR yang lain betul berjuang untuk rakyat, mereka tidak akan kacau pemerintahan BN sekarang. Ini rakyat Perak dah banyak buang masa sebab kes-kes di mahkamah. Semua sebab air muka masing-masing jatuh dan tak puas hati berdendam. Aduhai. Kesian mereka..

Anonymous said...

"LeeZ said...
............Yang menolak Nizar adalah melayu2 KAMPUNG yang tidak terdedah pada internet dsb.... not 7 out of 10 pengundi Melayu.."

OK lah KAMPUNG pun KAMPUNG lah, tapi tolak tetap tolak.

Anonymous said...

Kalau dah hilang majoriti jgn la ibarat hidung x mancung pipi tersorong2... itu lah balasan yg setimpal bila ada barua tamak kuasa nak rampas kerajaan pd 16 sept.. tp sesuai dgn nama keadilan kan dah terang2 adil mereka merestui adun untuk melompat pada 16 sept...jd restukan lah jugak adun melompat di perak.. x payah menyalak2 mcm org gila talak.. tanyala barua tu kenapa masa dia suruh lompat x haram tp bila org dah melompat baru nak kata haram??? tu namanya cakap putar belit... suruh melompat org pun lompatla... jd jgn jd bangang... adios..

Anonymous said...

Kepada semua yang memberi komen, ingin saya maklumkan disini...do everyone of you remembers what happen di Istana Kinta juz after PRU yang lalu...what happen to Kediaman MB at that time....siapa yang gelojoh menyiapkan papers untuk kerjasama DAP-PKR-PAS...at that time ada ke gabungan Pakatan Rakyat...masa bertanding langsung tiada pakatan langsung hanya bertindak sebagai Parti Alternatif saje....i dont see any word of Pakatan Rakyat....even in Selangor or Kedah ....yang ganggu Tuanku selama seminggu hingga tak hormati waktu....siapa yang menyiapkan kertas kerja gabungan ketiga tiga parti tu...tengah malam...jam 10 malam hantar ke Istana Kinta...?? Nizar ke...Ahmad Awang ke...Anwar Ibrahim ke? Hadi ke? Nik Aziz ke ? May i know who??? Yang buat menyibuk dgn papers suruh semua ADUN yang menang kecuali ADUN BN...tandatangan all this ADUN membuat katasetuju untuk gabungan...jadi satu Pakatan...tidak kah itu sama dengan TANPA PERSETUJUAN RAKYAT?? KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH NGEH & NGA SAHAJA....INI LE DUA MAKHLUK YANG MENJADI PLANNER FOR THESE PAPERS...AND NGEH NAK JADI MB....BUT KEPUTUSAN DYMM PADUKA TUANKU DAN PERLEMBAGAAN UNDANG UNDANG TUBUH NEGERI PERAK MUST BE A MALAY TO BECOME MB....KEPUTUSAN SIAPKAH INI ? Ini le keputusan Tuanku Sultan yang membuat keputusan yang amat Arif..." MELANTIK " Nizar as MB Perak walaupun kerusi yang dimenangi oleh PAS hanya berapa saja....that is not majority .....takan all of you tak faham faham lagi....inile orang Melayu yang kurang pengetahuan dalam Undang - undang...read more...learn more...supaya tak mudah diperbodohkan oleh bangsa lain....Just ask Nizar ...the truth...every single words yang dia cakap tu dalam bilik mengadap dgn Tuanku ...adake he tells all ....dont bulshit ,nizar...points dat wins to you...you expose....but points dat down you...you kept silence...as an example....masa u jadi MB....tentang kelulusan tanah 999 tahun ....dat morning masa u ngadap....APAKAH YANG DITITAH OLEH TUANKU MASA TU....PLS ANSWER DAT...KALAU KAMU BOHONG....KAMI DI MEKAH AKAN SUJUD DEPAN KAABAH MINTA ALLAH TUNJUKKAN YANG SEBENARNYA.....KAMU DERHAKA PADA TUANKU....secondly u declare to press Bubar Dewan before mendapat perkenan Tuanku....who the hell you think you are ? Siapa yang melantik kamu ? Ngeh ke Nga atau Tuanku ??? Kamu dah angkat sumpah di Istana....dan INGAT TAK masa kamu mulakan ucapkan di Istana masa Perayaan Jubili Perak...your first words starting " DGN KEBESARAN ALLAH YANG MENGKEHENDAKI " tanpa memulakan ucapan seperti biasa iaitu BIsmillahhirahmannirahim...Mengadap Ke Bawah Duli YMM Paduka....maka umpama doa yang dikabulkan Allah ketika itu...hari itu juga Pakatan Rakyat hilang kuasa.....dan ingin saya remind you dengan your own words Nizar dalam Berita Perak....TERTUBUHNYA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT YANG KINI DI PERAK ADALAH KEHENDAK ALLAH and let me remind you again....TERJATUHNYA PAKATAN RAKYAT DIPERAK MASA KINI ADALAH KEHENDAK ALLAH JUA....bukannya muslihat UMNO atau BN....but adalah kelemahan pentadbiran kamu sendiri dan ingatlah apabila Allah Mengkehendaki Sesuatu dgn Berkata KUN maka jadilah ia....Insaflah Nizar....let us go to Mekah....why dont you...and Zambry...Tajol...Ahmad Awang...MUfti Harussani...Hadi...Nik Aziz...pegi buat UMRAH bersama - sama and doa sembahyang hajat dan isytiharah di depan Kaabah Baitullah...mohon ampun brsama - sama dengan orang UMNO....ALLAH YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA.....can u all do that....and now u and pakatan rakyat kan challenge keputusan Tuanku lantik Zambry...what Tuanku did is the same....mendapat persetujuan dengan semua ADUN termasuklah Hee, Jamal & Osman...semua pun buat yang sama macam Nga & Ngeh buat dulu...surat setujuterima sokong BN..dan semua mengadap Tuanku...every ADUN ...and Tuanku didi his keputusan bukan saje ikut kehendak dia...but with the documented and confirmation of all BN & BN friendly ADUN...is dat wrong...?? They dont support u anymore...masa u dilantik last year...masa tu...papers yang d buat oleh DAP tu...adake kena pegi Dewan untuk dibubarkan...dewan belum sidang lagi sebab baru pilihanraya....and then u tak tgk perlembagaan ke....read carefully....u think ur advisors are smart....they are advisor smarter....than yours...we refer to both Al Quran and Undang Tubuh....but you refer to Ngeh & Nga...dats is your mistake....decision Tuanku buat untuk Zambry sama dgn decision yang dia buat masa lantik u....last year... Insaflah....Nizar...u r a good leader....u can talk in few languages...kurang orang Melayu boleh mcm u...u r a good engineer...with good background in agama.....dats y Tuanku lantik u...but u lupa...u should ikut arus...jgn lawan arus....Tuanku lantik u...orang melayu suka u...orang Cina suka u...malah India dan orang Umno juga ada yang suka u...tapi u lupa daratan dan cepat melatah....Pegi le Mekah...doa le....solat le...kita sesama orang Islam....maafle kalau saya terkasar tapi THIS IS THE TRUTH AND THE REAL FACTS.....AND PLS DONT FORGET....ISTANA PERAK BUKAN ISTANA BIASA....ISTANA PERAK ADALAH ISTANA SERI MAHKOTA SERI MAHARAJA ....KALAU AL MARHUM IDRIS U DAH LAMA DI BUANG NEGERI...AND WORST IF YOU ARE IN JOHOR...NASIB U BAIK KERANA TUANKU AZLAN MEMPUNYAI BUDI PEKERTI YANG TINGGI...EVEN U CHALLENGE HIM...DERHAKA PUN LAGI...TUANKU TETAP JEMPUT U KE DINNER JUBLI AND HARI KEPUTERAAN....CANT U LISTEN AND HEAR PROPERLY....JGN BIADAP OR LANGGAR ISTIADAT DGN ISTANA PERAK...DULU BARANGSIAPA YANG LANGGAR ADAT ATAU BIADAP ATAU DERHAKA PADA SULTAN AKAN DIHUKUM SETELAH DIHAKIMI.....SO BEFORE U DIHAKIMI ....TAUBAT DAN INSAFLE....WALLAHUBIMA TA'MALUNA KHOBIR.....BUATLE UMRAH...SAMA SAMA DGN ZAMBRY....WASSALLAM

Anonymous said...

Betul ka di bicara macam tu? Anih.

Kalau dia persembahkan kat Sultan prestasi pencapaian "progress report 9bulan" dia sebagai Menteri Besar, baru cun!

" Patik telah berjaya dalam hanya masa 9bulan, membawa pelaburan sebanyak RM600juta masuk Perak. Kiranya patik diberi kepercayaan selama 4tahun lagi, patik yakin akan berlipat ganda lagi akan patik bawa masuk".

Ini lebih dia tibai corner cerita kut lain pula!

Gone case!

Markah 0%

Bota

My Say