Monday, May 11, 2009

Kenapa Timbalan Speaker terpaksa ambilalih jawatan Speaker? Lihat Video



Setiausaha Kerajaan Negeri: Adakah awak akan melakukan sesuatu perkara hari ini?
Sivakumar: Ya
Setiausaha Kerajaan Negeri: Adakah ianya sesuatu yang baik?
Sivakumar: Ia baik untuk rakyat
Setiausaha Kerajaan Negeri: Adakah sidang diadakan kelak akan mengikut peraturan?
Sivakumar: (Beredar tanpa memberi jawapan)



Artikel 36A (1)(b) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak membenarkan Timbalan Speaker mengambilalih tugas Speaker apabila dia gagal menjalankan tugas yang diberikan oleh DYMM Tuanku Sultan Perak dalam memastikan kelancaran mesyuarat Dewan Undangan Negeri.

Ikuti rakaman video-video dan gambar-gambar seterusnya yang menunjukkan keadaan kecoh dan huru hara semasa YB Sivakumar menjalankan tugasnya sebagai Speaker hingga langsung tidak mengambil peduli prosedur dewan dan undang-undang dalam membolehkan Dewan bersidang dengan aman dan harmoni.

Kita ikuti peristiwa mengikut susunan seperti yang tertera di Malaysiaaktif.com sini, berikut:

9.05 pagi - Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Dewan Undangan Negeri tetapi dihalang masuk atas alasan belliau tidak ada pas keselamatan

Keadaan di luar pekarangan Bangunan Dewan Undangan Negeri Perak terkawal dengan pasukan polis dikerah memastikan keselamatan sedang sebuah helikopter Unit Udara PDRM berligar di udara.

9.14 pagi – Bekas Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin tiba dan berdiri di barisan pembangkang di luar Dewan.

9.19 pagi - Speakar V Sivakumar pula tiba


9.20 pagi - Setiausaha kerajaan Negri bertanya kepada Sivakumar "adakah beliau akan melakukan sesuatu perkara" Sivakumar jawab "ya". Ditanya lagi adakah sidang diadakan kelak akan mengikut peraturan. Sivakumar tidak menjawab pertanyaan itu.

9.37 pagi - Raja Muda Perak, Raja Nazrin tiba bagi mengambil tabik hormat dan serentak itu pancaragam PDRM memainkan lagu Negaraku. Raja Nazrin memeriksa perbarisan tabik hormat

10.03 pagi - Semua anggota Dewan masuk ke dalam dengan keadaan tiba-tiba menjadi kecoh apabila Speaker Sivakumar bertindak menghalau tujuh ADUN yang digantung dan tiga lagi ADUN Bebas. Sivakumar kata hanya selepas 10 Adun itu termsuk Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir keluar barulah sidang Dewan dimulakannya.



10.18 pagi - Seorang ADUN mengusulkan Speaker ditukar, tetapi cadangan itu telah ditolak oleh Sivakumar.

10.35 pagi - Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan pakatan pembangkang – DAP, PKR dan Pas - tidak berganjak. Sivakumar terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Sivakumar diganti.


11.01 pagi - Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi Hee dan Zambry.

Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya.

Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN, Hee Yit Fong mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.

Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.

Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.

Dengan cepat Ganesan datang dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.

Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram."

R Ganesan yang diusul oleh Zambry sebagai Speakee baru kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi.

Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker.

ADUN Pakatan tiba-tiba bersorak. Kumpulan wakil rakyat BN mengabaikan arahan Sivakumar dan meneruskan sidang dengan usul bahawa perhimpunan di bawah pokok pada awal Mac anjuran pakatan pembangkang yang ’meluluskan’ usul penggantungan berkenaan sebagai tidak sah.

11.13 pagi - Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan.

Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum memasuki dewan.

11.22 pagi - Sivakumar, memulakan semula persidangan DUN walaupun R Ganesan, speaker BN, sudah menangguhkannya sebentar tadi.

Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.

Jika mereka enggan berbuat demikian, Sivakumar mengumumkan beliau bahawa akan memulakan persidangan tersebut.

Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing menyebabkan keadaan tidak menentu.

Wakil-wakil rakyat pakatan pembangkang berkumpul di sekeliling Nizar dan berbincang mengenai tindakan selanjutnya.

Kedua-dua pihak masih tidak mahu berganjak tetapi keadaan dalam Dewan kelihatan tidak lagi setegang awal tadi.

11.59 pagi – Setakat ini belum lagi dapat dipastikan bila Raja Nazrin Shah akan masuk ke dewan untuk merasmikan pembukaan persidangan DUN Perak.

Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan sedang menunggu di dalam dewan. Tiada lagi pertikaman lidah seperti sejak dua jam lalu. Mereka sedang menunggu.

12.15 tengah hari - Speaker asal V Sivakumar mengharamkan R Ganesan, speaker baru yang dilantik BN, meninggalkan dewan.

Kemudian beberapa ADUN Pakatan mendekati Ganesan menggesanya agar keluar .

Wakil-wakil rakyat BN hanya duduk dan memerhatikan gelagat ADUN pakatan pembangkang yang membuat bising.

12.37 tengah hari - Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan.

Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya.

Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ.

12.45 tengah hari - Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah timbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis.

ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang.

Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya.

Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan.

12.55 tengah hari - Enggan meninggalkan dewan R Ganesan, speaker baru lantikan BN, mengumumkan penangguhan sidang dewan DUN Perak selama sejam lagi.

Keadaan kembali tenang dengan kedua-dua pihak duduk kembali di tempat masing-masing.

1.10 petang - Difahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah - yang dijadual membuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini - di luar dewan.

Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya.

2.15 petang - Persidangan dewan negeri Perak bersambung. Wakil-wakil rakyat Pakatan cuba menghalang R Ganesan, speaker lantikan BN, memasuki dewan.

Suasana kelam-kabut dan tidak menentu di dalam bangunan tersebut. Saling tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk, beberapa ADUN kelihatan berdiri di atas meja.

Bebarapa pegawai polis masuk ke dalam dewan DUN bagi menenangkan keadaan, dengan disambut jeritan ADUN Pakatan agar mereka meninggalkan dewan.

Pada waktu yang sama, wakil-wakil rakyat pula berusaha membuang keluar V Sivakumar dari tempat duduk Speaker - tetapi beliau masih dikelilingi oleh beberapa ADUN Pakatan.

2.25 petang - Kekecohan meletus dalam Dewan dengan beberapa Adun dilihat menaiki meja. Berlaku tolak menolak di kalangan beberapa ahli. Ahli pembangkang cuba mengelakkan sidang diteruskan dengan alasan mereka semua mahu DUN dibubarkan.

Sivakumar ditarik keluar oleh beberapa orang berpakaian hitam. Turut sama ditarik keluar adalah dua Adun DAP.

2.55 petang - Speaker baru, Ganesan memulakan tugas dengan mengumumkan DUN akan memulakan sidangnya walaupun ramai Adun tidak duduk di tempat masing-masing.

3.10 petang - Raja Nazrin dijangka memasuki ruang Dewan dengan semua Adun pembangkang berdiri di tengah-tengah dewan.

3.15 petang - Keadaan dalam Dewan tenang saja dengan Raja Nazrin memulakan titah beliau. Baginda mahu kerajaan negeri memberi tumpuan kepada isu ekonomi negeri agar penghasilan meningkat.

3.50 petang - Raja Nazrin selesai bertitah lalu Dr Zambry naik untuk mengambil titah ucapan baginda. Lantas baginda pun merasmikan sidang penggal kedua DUN Perak. Doa dibacakan di penghujung upacara itu.

3.55 petang - Raja Muda Perak itu turun dan kelihatan bersalaman dengan semua ahli DUN sambil berbual-bual dengan beberapa ahli. Kelihatan Nizar pula yang mengiringi baginda keluar dari dewan.

4.00 petang - Sidang DUN ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Bukankah ini cukup memberi asas untuk YB Hee Yit Foong mengambilalih sebagai Speaker?

11 comments:

mohahz said...

Sivakumar tu sapa dlm DUN perak?Adakah Zambry yg menjd MB haram jadah lebih tinggi dr kedudukan speaker dlm dewan?Adakah timb.speaker lebih tinggi dr speaker?
Sorot blk perjalanan krisis ni dr awal la brader kalu nak singkap tindakan speaker sivakumar pd awal perjalanan dewan.
YB gobind singh pon diarahkan keluar dewan,dan dia keluar dewan,krn ianya arahan speaker,knp tidak adun2 yg diarahkan keluar dewan itu tak ikut kata speaker?Sapa yg diluar kawalan?Yg ikut arahan atau yg x ikut arahan?
Usul tak percaya pd PM di dewan rakyat,usul tolak speaker di DUN melaka,speaker boleh tolak mentah2,knp di perak tak boleh ditolak?Krn speaker ini adalah 'pembangkang'?

Anonymous said...

Setelah menonton semua video clip saya berpendapat bahawa yang bertindak kurangajar adalah pihak polis, BN dan anak haram R.Ganasen bukan PR seperti orang buta awak dinyatakan.

A Voice said...

MHA Hamzah

Asas apa kamu kata Zambery MB haram? Baca artikel 16(6) Perak "Constitution".

Beza Gobind dengan Zambery adalah Gobind tidak dibuang oleh Speaker tetapi dicadangklan oleh Select Comittee untuk di undi.

Zambery di buang sewenang2 dan ini merupakan penyalahgunaan kuasa Speaker. Previlage Comittee hanya boleh cadangkan kepada Dewan untuk mendisiplinkan Zambery dan 10 itu. Kenapa tak diusulkan pada 7/5/2009?

Tolong jgn tunjukkan kebodohan dan kebutahurufan untuk kata Dewan bawah pokok itu sah. Sultan tak isyhtihar, ia tidak sah. Bcaa balik Perak Constitution. Ohhh ... mintak maaf.

Penyokong pembangkang ini selalunya buta huruf, kurang membaca dan suka buat kesimpulan ambil mudah.

Usul memang boleh ditolak Speaker. Betul Sivakumar sudah tolak.

Masaalah awak tak membaca betul2 apa yang saya telah tulis di posting sebelum ini.

Sebagai MB yang sah, Zambery boleh membuat usul tanpa perlu persetujuan Speaker.

Kalau dalam board room, CEO boleh float proposal tanpa memberikan usul dahulu kepada board member.

Ini practise biasa. Cuma pariah2 komunis DAP bodoh ini terroris yang tak makan saman dan tak peduli peraturan.

A Voice said...

Anon 10:23

Saya ada asas dan fakta.

Apa asas awak kata gitu? Main rasa-rasa, tak intelek punya pendapat.

Jangan kasi pendapat tanpa asas dan hujah. Nanti standard awak pejenis otak orang yang baring tgh jalan.

Anonymous said...

Penyokong PR ni semua jenis mencarut & menghina. Ada ke ckp anak haram, haram jadah. Selalunya orang macam ni didikan dari mak bapak tak berapa elok, maklumlah, masa kecik kecik dulu, mak bapak pun buat benda yang sama. Nanti anak anak dia pun mencarut
Mattau

Chairman Kaga said...

KAH KAH KAH INILAH JURU SPIN TERBAHRU SI united malays national organziation.

KALAU KONSTABEL TANYA PADA IGPEE, "WOOIT MAMAK, LU ADA BUAT BAIK HARI NI?" , DIA AKAN KENA TERANJANG KAO KAO. MISTAKE SI SIVA DAP TU DIA TIDAK BALAS BALIK SAMA SETIAUSAHA UMNO BERGELAR SUK "LU SIAPA"

ARTIKEL 36 KURANGAKN A, PINDAAN SATU KAHPUIK!! MB HARAM JADAH ZAMBRY NGAN 7 EKOR LAIN TU TAK NAK BLAH, KERANA TU DEWAN KECOH. LAGIPUN, UMNO TAK MALU KE, NAK NAIKKAN MACHAI SAMY VELU YG KALAH DALAM PILIHANRAYA.

TAHNIAH KEPADA BLOGGERS UMNO SEEKOR NI. SEBENARNYA AKU NAK KOOL-DOWN TAPI KALAU BACA SAMPAH SARAP MCM NI DAH KEMBALI PANASSSSS

Anonymous said...

Sayang sekali. BN sepatutnya menarik minat rakyat untuk menyokongnya kembali. Bukan kerana kuasa segala matlamat dihalalkan. BN seharusnya muhasabah diri dan meningkatkan prestasi membela rakyat Perak. Hanya dengan membela rakyat baru BN akan mampu memerintah semula. Jangan kerana situasi semasa menyebabkan rakyat semakin jauh dari BN. Situasi di Perak akan dihakimi oleh rakyat di PRU13. Semoga BN dapat menghadapi PRU13 dengan tabah.

Local Fighter said...

biaalah..pencacai totok pembangkang ni mmg dah terbiasa ckp kotor2. mak bapak diorg tak ajar adap.hehe..

M.H.A Hamzah tu mmg buta hati btul. Gobinh Sigh tu diperintah keluar dan gantung dwn sbb melakukan kesalahan didlm dewan. Bukan kuasa Speker halau dia kuar. Buat undi, majoriti dewan setuju dia digantung..

Kes Dr Zambry, dia diperintah kuar dewan sbb buat salah apa? rampas kuasa? abis knp Sultan Perak perkenan angkat sumpah?

Woi tugas speaker sbg moderator dewan je. bukan jadi decision maker. baik suruh Siva tu pangku skali jawatan MB dr Nizar...

Unknown said...

The next course of action is to bring Hee Yit Foong to court for her illegal usurpation of the Speaker's position. The fact that Hee cites Article 36(A) without understanding its contents shows how worthless Hee Yit Foong has become.

Pray tell, how did Hee Yit Foong have the power to convene a mini dewan and assume the position of speaker when Sivakumar was still the Speaker of the House, Sivakumar was not ordered by any court of law to relinquish his position and by the very fact that Sivakumar at the time was still physically occupying the Speaker's chair. So on what constitutional basis did Hee Yit Foong claim her power to usurped the Speaker and pass motions in the state assembly?

The entire proceedings of the state assembly starting from Hee Yit Foong's illegal act has rendered subsequent events in the state assembly as null and void. And Hee Yit Foong had better learn to shut up fast and stop provoking the rakyat.

Article 36(a):
“During the absence of the speaker from a sitting of the legislative assembly, such members as may be determined by the rules of procedure (standing orders) of the assembly, shall act as speaker"

Hee Yit Foong, when you took power illegally the Speaker was physically present not "absent" as Article 36(a) states. It is you Hee Yit Foong that has gone against the Perak State Constitution and for your earlier betrayal of Jelapang voters, your serial lies on your sickness and pepper spray, and your constant provocations against the peoples of Malaysia...we hereby demand that you resign with immediate effect as the ADUN of Jelapang. You can go and contest in Pekan, then maybe you would have a chance of winning!

I highly suggest Pakatan Rakyat immediately launch legal proceedings against Hee Yit Foong to stop BN from convening an illegal vote of no confidence. Haste is required, time is running short!

mohahz said...

wah...begitu ka?Apa pulak asas hang kata MB haram tu halal pulak?16(6) ke?Di mana nak mencari majoriti tu?dlm rumah najib?Hang boleh pusing la kata tak dinyatakan pon di sidang DUN.Aku boleh terima aku bodoh,aku buta huruf,aku buta hati,tp hang dan pencacai lain boleh terima ka?
Sedara dirty voice...oh,gobind singh digantung ya?diarah kan keluar pulak dr dewan oleh select comitee ke?ada MP2 yg diarah keluar dewan,dan mereka keluar,knp yg ni boleh melawan?oh...sbb anda BN....
Ya...sbg sebuah negara yg mengamalkan demokrasi berparlimen,sokongan majoriti penting.Maka hal nya,anda menjilat ludah sendiri bila apa yg ditolak oleh speaker dewan rakyat atas usul tak percaya pd PM,juga speker DUN melaka atas usul tak percaya pd MB dan speaker sendiri.Jd soalan aku,knp sivakumar tak boleh lakukan mcm tu jugak?Adakah dia bukannya BN??????????????????????
Kemudian boleh dibuat sendiri pulak di 1 sudut,dgn di pengerusikan oleh timb speaker.Apa ni?Malaysia Boleh?
local fighter,hang tukar nama la jd local kiss ass.Hang pon pencacai jugak,jgn dok kata aku ja.Jd yang kerajaan perak haram jadah ni berpeluh2 nak turunkan speaker,saman speaker krn dia cuma seorg moderator?

A Voice said...

Alex

You quoted 36A but Hii acted according to 36A (1)(b).

Sivakumar is not conversant with details.

He conveniently accept only those court decision he wants and reject those not in his favour.

MHA Hamzah

Don't type in anger. It is difficult to comprehend what you are writing.

My Say