Tuesday, May 12, 2009

Krisis Perak: Khabar Angin dan Interpretasi Keputusan

Berjaya buat masa ini!

Terkini:
12/5 Zambry says he will respect court ruling on stay of execution and will resume duties as Perak MB; urges Nizar to have the same respect/STAR 14:54

Court of appeal grants Dr Zambry his application for a stay of execution on KL High Court ruling that Nizar is rightful Perak MB/STAR 14:47
Dengan keputusan mahkamah semalam memihak ke Dato Seri Nizar, opsyen yang tinggal menurut citrawan Dato Seri Dr Khir Toyo, adalah antara bubar atau sidang tergempar DUN.

Dato Seri Nizar mahukan opsyen pertama ia-itu membubarkan DUN untuk pilihanraya umum bagi negeri Perak. Namun begitu, ia memerlukan perkenan DYMM Sultan Perak. Ini adalah prerogatif Sultan. Citrawan Perak Bangkit membuat andaian kemungkinan Tuanku Sultan memperkenankan pembubaran dengan syarat Nizar lalui undi tidak percaya dalam sidang tergempar DUN.

Maka opsyen kedua yang dibincangkan oleh Khir Toyo. Semalam Citramaya ini menyiarkan artikel MyKMU mengenai kemungkinan satu sidang tergempar DUN. Alasannya adalah keputusan mahkamah semalam tidak menyentuh mengenai keputusan-keputusan sidang DUN Mei 7hb dan Dato R Ganesan masih kekal Speaker.

Adakah ini bermakna perlantikkan dan pengguguran masih dikira kekal sah hingga dibatalkan mahkamah atau semuanya batal secara otomatik dengan keputusan semalam?

Dengar khabarnya Nizar sedang melihat opsyen DUN tidak dibubar. Apa yang difikirkan? Jeng jeng jeng ...

Citrawan Parpukari memberitahu khabar Nizar melawa dua ADUN Barisan Nasional melompat ke Pakatan Rakyat, khususnya ADUN Lintang YB Najmuddin Alias dan ADUN Batu Kurau YB Dato Ahmad Fakih Adam dengan tawaran jawatan exco. Mereka hanya menggantikan dua exco PKR yang lompat menjadi ADUN bebas.

Mungkin Nizar sedar, kalau pilihanraya umum, DAP akan letak seorang calun Melayu, kemungkinan Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz di Jelapang. Jika dia menang dan DAP dapat kekalkan jumlah kerusi, mereka tidak perlukan PKR atau PAS untuk seorang MB Melayu.

... BN dah tentu Nga-Nger. PAS dan Melayu PKR lagi Nga-Nger!


Citrawan Faisal RB mengkabarkan kata-kata ada ADUN Pakatan Rakyat mahukan undi sulit untuk persidangan tergempar DUN, jika ianya diadakan. Adakah akan ada ADUN BN mengundi Nizar atau ADUN PR mengundi BN? Mungkinkah ada ADUN PR tak mahu pilihanraya, takut kalah dan tak dapat elaun lagi?

Pihak Dato Seri Dr Zambry telah membuat rayuan ke mahkamah hari ini. Kalau Nizar boleh lawan balik dan derhaka perintah Sultan, tak akan Zambry tak lawan balik. Dalam demokrasi, majoriti rule. Ini baru keputusan mahkamah tinggi, masih ada proses untuk rayu dan bawa naik ke mahkamah persekutuan.

Keputusan mahkamah tinggi pun bukan muktamad tetapi ada kelemahannya. Seorang pensyarah undang-undang UiTM, rakan sejawat Prof Shad Faruqi, masih merasakan Nizar bukan MB yang sah. Harap sedia buka minda membaca pandangan berbeza dan lain, seperti berikut:

Penjelasan Bahawa Nizar Bukan MB yang Sah

Mahkhamah seharusnya tahu bahawa seseorang itu tidak mungkin akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar secara sukarela lebih-lebih lagi apabila beliau tidak merasakan bahawa beliau sudah hilang kepercayaan ahli Dewan Undangan Negeri.

Dalam keputusan mahkhamah semalam, Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa perlantikan Dr.Zambry sebagai tidak sah atas dua sebab; pertama oleh kerana tiada undi tidak percaya dilakukan ke atas YB Nizar, dan kedua; oleh kerana YB Nizar tidak mengosongkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar dan oleh kerana itu tidak boleh ada dua menteri besar sekaligus.

Bagi sebab yang pertama, tiada undang-undang menyebut bagaimana undi tidak percaya itu harus diadakan.


Walaubagaimanapun, mengikut pendapat Art. Harun, oleh kerana kita mengikuti sistem Westminster, maka undi tidak percaya harus dilakukan di dalam Dewan. Kita semua tahu akan kehadiran Civil Law Act 1953 yang telah memberikan kita kebebasan untuk tidak mengikut undang-undang barat. Dengan kata lain, kita tidak semestinya mengikuti sistem Westminster tersebut.

Oleh kerana tiada cara khusus ditetapkan oleh undang-undang untuk bagaimana vote of no confidence itu diadakan, ia terserah kepada interpretasi mahkhmah itu sendiri.

Dalam kes Stephen Kalong Ningkan v Tun Abg Hj. Openg & Tawi Sli, mahkhamah mendapati bahawa undi tidak percaya hanya boleh dilakukan di dalam dewan.

Saya memahami posisi mahkhmah tinggi yang lebih rendah dari mahkhmah persekutuan dan oleh itu hakim Abdul Aziz terpaksa mengikuti keputusan yang telah diputuskan dalam kes Stephen. Walaubagaimanapun saya berharap agar mahkhmah persekutuan akan mempertimbangkan semula keputusan dalam Stephen.

Kita harus berbalik kepada niat atau tujuan asal Suruhanjaya Reid dalam merangka perlembagaan kita. Dengan kata lain, cuba kita letak posisi kita dalam posisi mereka sewaktu mereka merangka perlembagaan ini.

Saya yakin, artikel 40 (2) dan 43 dibuat dengan begitu umum dan mereka berhasrat untuk menyatakan bahawa jika seseorang itu sudah tidak lagi mendapat sokongan majoriti dewan, maka seseorang itu harus meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Jika mereka benar-benar mahu menjadikan cara vote of no confidence itu penting, mereka sudah lama meletakkan cara bagaimana vote of no confidence ini harus dilakukan, sudah pasti mereka sudah meletakkan satu lagi clausa mengatakan vote of no confidence ini hanya boleh dilakukan di dalam dewan sahaja. Tetapi ia tidak pernah dinyatakan di dalam mana-mana undang-undang. Kita tidak jelas bagaimana vote of no confidence itu harus dijalankan.

Bagi sebab yang kedua, Hakim Abdul Aziz manyatakan bahawa oleh kerana YB Nizar belum meletakkan jawatan lagi, maka tidak boleh ada dua Menteri Besar dalam satu-satu masa. Memanglah, mana ada orang yang sanggup letak jawatan begitu sahaja.


Dalam mana-mana undang-undang sekalipun tidak pernah ada berbunyi Sultan berhak memecat Menteri Besar atau YDPA berhak memecat Perdana Menteri. Benar, tetapi langsung tidak boleh pecatkah?

Saya amat bersetuju dengan hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bahawa Baginda Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak pernah memecat YB Nizar, cuma YB Nizar hilang kelayakan sebagai Menteri Besar dibawah perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Artikel 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Apabila seseorang itu hilang majoriti sokongan dalam dewan, maka perkara pertama yang harus dilakukan olehnya ialah untuk mengadap Sultan bagi meminta “consent” atau perkenan Sultan untuk membubarkan dewan. Di sini baginda Sultan mempunyai kuasa mutlak untuk menafikan dan berkata “Beta mahu cuba kerajaan yang baru ini.”

Apabila terjadi perkara seperti di atas, maka dengan automatiknya Menteri Besar ini telah hilang kelayakannya sebagai Menteri Besar dan oleh itu kita tidak perlu beliau untuk meletakkan jawatan lagi oleh kerana beliau sudah pun hilang jawatan.

Jika di saat genting seperti ini kita masih memerlukan perletakan jawatan secara sukarela olehnya, susah lah nak buat kerja pentadbiran.

Undang-undang boleh jadi “rigid” atau “flexible” bergantung kepada fakta kes tertentu. Selepas ini YB Nizar akan mengadap Baginda Sultan sekali lagi untuk membubarkan dewan negeri, apa akan jadi jika Sultan menolaknya sekali lagi? Lihat, ia seperti drama yang sama berulang kembali.

Oleh itu hujah Peguam Negara tepat apabila beliau mengatakan bahawa seseorang itu hilang kelayakan sebagai Menteri Besar apabila beliau hilang kepercayaan majoriti dan permintaannya untuk membubarkan DUN Perak tidak dipersetujui oleh baginda Sultan Azlan Shah.

Terdapat suatu lagi keraguan. Jika YB Nizar mengatakan bahawa beliau masih Menteri Besar yang sah dan yakin masih mempunyai majoriti dalam DUN negeri, mengapa beliau mengadap Sultan Perak untuk membubarkan DUN seolah-olah beliau sudah hilang kepercayaan majoriti?

Ini boleh dikatakan bahawa YB Nizar percaya beliau sudah tidak lagi Menteri Besar yang disokong majoriti ahli DUN dan oleh kerana itu amat penting buatnya untuk mengadakan pilihan raya baru untuk memberi Rakyat Perak membuat keputusan.

Saya berharap Baginda Sultan dapat menempuhi saat ini dengan lebih tabah. Baginda juga harus memikirkan perasaan dan kehendak Rakyat yang bernaung dibawah baginda.

Jika baginda masih yakin bahawa kerajaan Dr.Zambry masih sah, maka baginda boleh menolak permintaan YB Nizar sekali lagi untuk membubarkan sidang Dewan DUN. Tetapi jika Baginda mahu menamatkan konflik ini dengan segera, maka Baginda boleh lah membubarkan sidang DUN.

Ia adalah kuasa mutlak Baginda sultan yang termaktub dibawah artikel 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan dan kami rakyat jelata menerima apa jua keputusan yang akan Baginda lakukan.

Daulat Tuanku!

SIDDIQ AZANI,
FAKULTI UNDANG-UNDANG,
UiTM MALAYSIA

Sumber:
Blog WBHim
Nampaknya kemelut ini tidak nampak akan berakhir dalam masa terdekat. Mungkin sekali cadangan Dato Seri Najib dan juga disambut Lim Kit Siang untuk bertemu bagi menyelesaikan kemelut ini amat sesuai. Dalam banyak hal, penyelesaian hanya tercapai melalui kerjasama dan perbincangan belakang tabir pandangan umum.

Masaalahnya adakah Anwar Ibrahim mahu mencari jalan penyelesaian. Semasa kemelut untuk memilih Menteri Besar selepas PRU12, dia adalah dalang yang menghalang. Sudah jadi pengetahuan umum, Dato Ahmad Awang dan Dato Husam nenentang kerajaan campur UMNO-PAS dengan Nizar sebagai MB dan jumlah exco dibagi dua.

Kata Citrawan GAP, Anwar lebih suka Nizar kalah semalam. Boleh kata mahkamah tidak adil dan rasuah. Adalah alasan untuk bulan Julai. Jeng jeng jeng .
..

9 comments:

Tok Pambu said...

BN/UMNO nampak jelas takut menghadai PRU di negeri Perak.

Pakatan Rakyat sekarang tidak masalah untuk menang di mana2 PRU untuk menumbangkan BN/UMNO.

Sekarang sokongan kaum bukan melayu sudah padu kepada PR.

Di mana2 kawasan penduduk Bukan melayu melebihi 30% PR pasti akan menang.

Kaum melayu berpecah kepada 3 kumpulan. UMNO, PAS dan PKR.

Jika bilangan penyokong PAS dan PKR sama jumlah dengan UMNO, BN/UMNO pasti tumbang. Kerana PAS dan PKR mendapat sokongan padu dari kaum bukan melayu dari DAP.

Di mana sahaja penduduk melayu ini sudah berada dalam PAS se kurang2 nya 25% dan dalam PKR lebih kurang 15%.

Jumlah ini ialah penyokong tegar PR, di kuatkan pula dengan sokongan kaum cina dan india dari DAP.

PR pasti akan dapat menawan semula Perak.

anakperakjati said...

pembetulan:

rasaneye Ahmad Fakih Adam ADUN Lintang bukan ADUN Batu Kurau. Fakih Adam tu ADUN kawasan saya.

Anonymous said...

org klate

kalau dah kalah tak payah lah nak merapu lagi

Anonymous said...

mmmmmmm...

Anonymous said...

lama sangat dok kat malaysia ni..cuba sekali sekala pergi kerja kat oversea..baru nampak dunia lebih luas...

Anonymous said...

Kalau mahkamah kata Nizar tu MB yang sah bermakna segala keputusan dalam DUN tempoh hari tu tak terpakai lah. Apa yamg kamu merapu lagi. Prof. uitm tu memang kaki ampu UMNO. Yang terkini Rais Yatim. Pening sungguh blogger hang ni.

mohahz said...

1.jika x dibuat melalui sidang DUN,nak bagaimana lg?
2.Jika tak dinyatakan bagaimana,maknanya sapa2 pun boleh mentafsir apa shj.
3.Siapa yg akan mentafsir bagaimana cara yg sesuai?Sultan mentafsir perlembagaan atau mahkamah mentafsir perlembagaan?
4.Jika sultan tak nak perkenan bubar dun,adakah pasti opsyennya adalah utk teruskan dgn kerajaan pimpinan zambry?
bagaimana pula nizar bila benar2 disahkan MB perak,apa akan berlaku?opsyen ke 2 tu ada lg?
5.sidang 7 mei dh tak laku.apa status ganesan?bagaimana pula sidang tergempar?sivakumar masih speaker.
6.Jika dibubarkan Dun,peluang melihat krisis perak tamat amat cerah.tak kira siapa menang dan kalah,krn sudah ditentukan oleh rakyat.itu yg rakyat nak.
moga Allah beri panduan kpd tuanku sultan utk buat keputusan ini.Amin.

Anonymous said...

Saudara A Voice

Kami minta sokongan untuk usaha yang murni ini.

Terima Kasih

http://deminegara.blogspot.com/

Anonymous said...

takut menemui rakyat maka beri lah alasan untuk elak Pilihan raya

My Say