Sunday, April 05, 2009

Adakah "bulan mewakili hati ku" masih berdendang?


Pada bulan Mac 2008, lagu sentimental Teresa Teng yang berjodol "Moon represent my heart" ("Bulan mewakili hati ku") menjadi seolah-olah pesanan rahsia sesama masyarakat Cina di Bukit Gantang untuk mengundi calun PAS.

Masyarakat Cina, yang merupakan 27% pengundi, mahu mengajar sikap angkuh pemimpin tertentu dalam Pemuda UMNO dan kelantangan Kayveas menuntut bertanding di Bukit Gantang hingga wakil rakyat yang ada, Tan Lian Hoe dipindahkan.

Dengan undi majoriti Melayu terbagi dua, calun Barisan Nasional dan Bendahari UMNO, Dato Azim Zabidi tewas dengan lebihan undi tipis yang hanya lebih kurang 1,500. Jumlah pengundi Bukit Gantang adalah seramai 55,471.

Adakah anjakan dari PRU12 itu akan kekal untuk PAS? Adakah "bulan mewakili hati ku" masih didendangkan?

Pada mereka yang sering membaca Malaysia Today dan blog pembangkang, pilihanraya kecil Bukit Gantang diharap menjadi asas untuk menuntut pembuburan Dewan Undangan Negeri untuk satu pilihanraya umum negeri.

Kemenangan untuk Pakatan Rakyat memberikan mereka legitimasi untuk terus mempersoalkan kesahihan kerajaan pimpinan Dr Zambery Kadir yang diwar-warkan sebagai rampasan kuasa.

Namun begitu, kemungkinan besar faktor politik sudah tidak menjadi perkiraan utama kepada masyarakat Cina. Kemelesetan ekonomi dunia yang memerlukan tumpuan mungkin menjadi fokus utama. Sebagai masyarakat berniaga, kaum Cina menyedari impak kemelesetan ekonomi dan mahukan memberi peluang kepada kepimpinan baru negara.

Dari yang difahami, ketua-ketua masyarakat kaum Cina mula melihat Nizar hanya penuh retorik. Kebolehan mengemudi kerajaan tidak seperti yang diwar-warkan. Keyakinan terhadapnya hilang apabila dia dilihat dibonekakan Nger Kim Hong.

Ahli-ahli perniagaan Cina mengetahui kerakusan exco-exco negeri dari DAP Perak membolot konsensi balak dalam negeri untuk kroni mereka. Tiada yang lebih dibenci pengundi Cina dari retorik berlebih-lebihan. Bila sudah dikatakan sebagai "cakap tidak serupa bikin", itu sudah tanda marah.

Tan Sri Muhyiddin menyampaikan ucapan di Majlis Makan Malam bersama kaum Cina di Taiping

Dengan kedatangan 5,000 kaum Cina ke Majlis Makan Malam pada malam Jumaat di Taiping dan perjumpaan dengan ketua-ketua masyarakat oleh ahli-ahli politik BN, penentu PRK ini mungkin sekali terletak kepada pengundi-pengundi Melayu.

Pengundi-pengundi Melayu dijangka lebih sensitif kepada perbuatan "pohon derhaka" Nizar. Dari poster dan rentangan yang kelihatan di Bukit Gantang, kempen PAS kepada orang Melayu cuba mengelak dari menjawab tuduhan ini.

Mesej yang dititik beratkan adalah cara lama PAS kepada tema Islam dan sedikit sebanyak character attack terhadap calun lawan.

Sebagai kumpulan etnik yang merupakan majoriti 66% di Bukit Gantang, undi Melayu bakal menjadi undi penentu. Barisan Nasional menyedari hal ini dan bersepakat meletakkan calun UMNO.

Menteri Besar Dato Zambery Kadir menerangkan isu pertukaran kausa di Pekan Bukit Gantang pada malam Rabu

UMNO perlu mengukur adakah kemarahan orang Melayu terhadap UMNO di PRU12 masih lagi membara? Adakah isu pertukaran kerajaan di Perak dan tindakan "pohon derhaka" Nizar satu senjata efektif?

Ini terpulang kepada UMNO untuk menerangkan isu pertukaran kerajaan dan memberi legitimasi kepada penerangannya.

Tukang kempen UMNO perlu menerangkan dengan baik dan jelas kuasa Sultan sebagai penentu, dan keputusan Sultan menolak permohonan membubarkan Dewan.

Pengundi perlu dijelaskan bahawa DYMM Sultan telah berlaku adil dalam menggunakan proses yang sama dalam memilih Nizar dan kemudian Zambery sebagai Menteri Besar. Mereka perlu dijelaskan kenapa penggantungan 6 orang ahli exco dan persidangan bawah pokok yang dibuat adalah tidak sah.

Tanpa perlu menyebut tuduhan derhaka, pengundi perlu diberi faham bahawa Nizar menentang kuasa mutlak raja dan kuasa mutlak ini yang juga memilih Nizar sebelum ini.

Buat masa ini, undi Melayu dipercayai lebih condong kepada Barisan Nasional.

Kemana condong demografi pengundian mengikut kaum adalah satu hanya satu aspek. Rata-rata 10-15% pengundi adalah pengundi atas pagar.

Mungkin sekali, petunjuk untuk pengundi atas pagar datangnya dari Kuala Lumpur. Lazimnya rakyat memberi peluang kepada kepimpinan baru negara, terutama sekali setelah berakhirnya gerhana kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mesej Barisan Nasional mudah saja. Biar anak tempatan mewakili mereka di Parlimen.

7 comments:

kembara putih said...

Tarian separuh bogel satu.

mantra-indeeptots said...

Salam...

Mesej BN mudah...

Mesej rakyat jelas - anak tempatan ke, Sultan restuke... 50 tahun sudah cukup lama bagi BN menghancurkan hati rakyat... Terima kasih Tun Dollah!

To the rakyat, once bitten twice shy so we do not wish to die for the third bite... until Najib proven and convince us!

Anonymous said...

memamg BN menang. Saya nak tunggu apr ni pulak. nak temgok dan dengar gempar DSAI. Tapi dah tahu dah apa gemparnya. Gemparnya ialah menipu lagi. Penghuni Gua

Anonymous said...

Anak tempatan pun kalau menang nanti menambahkan lagi ketegangan beliau dengan Ketua Bahagian dan jawatankuasa apalah gunanya.

Sama macam kes di Permatang Pauh bila si Ariff Shah tidak sehaluan dengan Ketua Bahagian. Kes diBukit Gantang ni pun sama.

Selidik baik baik brader.

Anonymous said...

Najib patut terjah Anwar punya ceramah! Kita tengok macam mana punya ketaq anuar...

Daryl said...

Like your site, and all the great tips that are mentioned on it, it has really helped out. Thanks!

MAHANOR SALEHA said...

Mesej perpaduan dan pembangunan Mahathir di Bukit Selambau

http://selamba-u.blogspot.com/2009/04/mesej-pembangunan-dan-perpaduan-oleh.html

My Say